Showing posts with label tanggungjawab. Show all posts
Showing posts with label tanggungjawab. Show all posts

Tuesday, January 19, 2010

Masih Ramai Yang Tak Daftar Dengan SPR

Media melaporkan bahawa 28 peratus atau 4.39 juta penduduk Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas tidak berdaftar sebagai seorang pemilih dalam pilihanraya sehingga akhir 2009. Daripada jumlah itu, 65 peratus adalah bumiputera yang majoritinya adalah orang Melayu.

Kaum muda harus disedarkan akan kepentingan mereka menjadi seorang pemilih dan memilih pemimpin negara. Tanggungjawab mereka bukan sekadar mendaftarkan diri, tetapi harus terlibat dalam memilih wakil rakyat-wakil rakyat yang akan memperjuangkan nasib mereka.
Jika tak mendaftar maka mereka tiada hak untuk menentukan siapa wakil mereka dan dari segi moralnya mereka tiada hak untuk mengkritik wakil rakyat atau pemerintah kerana mereka tidak terlibat dalam membuat keputusan tersebut.

Tuesday, October 20, 2009

Pemimpin dan Tanggungjawabnya

" Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang ketua adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang khadam atau pembantu rumah adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. " - sabda Rasulullah s.a.w