Showing posts with label hukuman. Show all posts
Showing posts with label hukuman. Show all posts

Thursday, September 08, 2011

Arab Saudi Naikkan Had Diyyat

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menaikkan had bayaran ganti rugi atau wang darah (diyyat) atas kejadian pembunuhan dengan niat dan tanpa niat kepada SR400,000 (RM318,322) dan SR300,000 (RM238,741), berbanding kadar lama SR110,000 (RM87,529) dan SR100,000 (RM79,574).

Di dalam undang Islam, pesalah yang membunuh akan dibicarakan di bawah Qisas, iaitu pesalah yang membunuh secara akan dijatuhkan hukuman bunuh, melainkan dimaafkan oleh keluarga mangsa dan pesalah akan diminta membayar diyyat (ganti rugi) atau wang darah kepada keluarga mangsa.

Pesalah yang membunuh tanpa niat akan dikenakan diyyat yang juga dibayar kepada keluarga mangsa.

Penentuan kadar diyyat adalah mengikut penentuan harga 100 ekor unta. Oleh itu kadar yang dikenakan akan dikaji dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan hukuman qisas dan pembayaran diyyat adalah bagi menjaga maslahah umum, di mana Islam memandang serius dalam menjaga nyawa manusia. Oleh itu jika kematian berlaku ke atas ketua keluarga, maka adalah lebih baik jika keluarga mangsa memaafkan pesalahnya dan mendapatkan wang diyyat itu untuk digunakan bagi menampung saraan keluarga yang telah kehilangan punca pendapatan akibat kematian ketua keluarga.

Ini seterusnya menghindari berlakunya masalah lain, khususnya kemalaratan dalam keluarga.

Friday, August 28, 2009

Cara Hukuman Rotan Dijalankan

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang melalui Seksyen 125 dan 126 dengan jelasnya telah mengariskan cara untuk melaksanakan hukuman sebat.

Siapa kata mesti dilaksanakan oleh Pakar?

Perlaksanaannya secara mudah boleh digariskan seperti berikut :-

Mahkamah atau Kerajaan Negeri menentukan dimana hukuman itu hendak dilaksanakan.
Pesalah mesti diperiksa oleh Doktor Kerajaan tentang tahap kesihatannya untuk menjalani hukuman sebat itu.

Alat untuk digunakan adalah rotan atau ranting kecil pokok yang berukuran panjang tidak lebih dari 1.22 meter (4 kaki) dan tebalnya 1.25 cm (1/4 inci).

Orang yang akan menyebat itu mestilah seorang yang adil dan matang.

Tukang sebat itu mesti gunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya lebih dari paras kepala supaya tidak melukakan kulit.

Selepas mengenakan satu sebatan dia hendaklah angkat alat sebatan itu keatas dan tidak menariknya.

Sebatan boleh dikenakan ke seluruh badan kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

Pesalah yang disebat hendaklah berpakaian mengikut Hukum Syarak.
Pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan secara duduk.

Perempuan yang hamil tidak boleh disebat dan mesti tunggu selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

Tujuan sebatan itu bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menjadi pengajaran sahaja.