Kejadian jenayah seksual semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat. Selain usaha melalui pelaksanaan undang-undang, umat Islam juga diseru agar memohon pertolongan Allah. Ia dapat dilakukan melalui doa.
Ustaz Wan Sohor Bani Leman di dalam ruangan Az Zikra yang bersiaran setiap pagi jam 6.45 hingga 7.00 di KL FM telah membacakan untuk kita amalkan untuk diri dan anak-anak khasnya anak-anak perempuan).
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui
bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara
kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa
orang kafir dan orang zalim”.
Doa
tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim.
Siti
Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja
yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa
tersebut boleh diamalkan untuk mendapat
perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.
No comments:
Post a Comment