Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan
dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir,
apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.
Namun,
setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa
berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada
pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu
adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai
beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang
yang membawakan makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang juga merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya
itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?
Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu
kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya
Abu Bakar RA. Setiap
pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang
pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya
Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA
menghampiri pengemis itu lalu menyuapkan makanan kepada pengemis itu. Namun sipengemis marah sambil mengherdik, siapakah kamu? Abu Bakar
RA menjawab, aku orang yang biasa menyuapkan engkau. Bukan! engkau bukan orang
yang biasa menyuapkan aku kata si pengemis buta itu.
Apabila ia datang
kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan makanan dengan terlebih dahulu
dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu baru ia berikan padaku, pengemis itu
melanjutkan kata-katanya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya,
ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, memang aku bukan orang yang
biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia
itu telah tiada. Ia telah meninggal dunia.
Lalu Saidina Abu Bakar RA memberitahu bahawa orang yang menyuapkan makanan itu adalah Rasulullah SAW. Insan yang dihina dan dimaki oleh pengemis buta itu.
Apabila mendengar penjelasan Saidina Abu Bakar pengemis
itu pun menangis dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak
pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap
pagi, ia begitu mulia....
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya
bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi
muslim.
Inilah teladan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w iaitu melaksanakan dakwah melalui kemuliaan
akhlak. Dakwah boleh dilaksanakan tanpa perlu menyeru dengan perkataan, namun ia juga boleh dilakukan dengan menunjukkan contoh teladan dan perilaku yang mulia.
Inilah cara yang paling mudah untuk berdakwah,iaitu dengan berusaha
meneladani keperibadian Rasulullah s.a.w yang
This webblog (blog) is contains write-up covers various topics and stories ranging from religious, economy, politics, literature and other human interest topics.
Showing posts with label rasul. Show all posts
Showing posts with label rasul. Show all posts
Tuesday, October 16, 2012
Thursday, February 02, 2012
5S Untuk Melahirkan Kecintaan Terhadap Rasulullah
Di Malaysia sudah menjadi amalan bagi umat Islam menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W pada 12 Rabbiul Awal. Pelbagai program dianjurkan bagi mengingati hari keputeraan baginda seperti perarakan dan selawat, ceramah dan forum dan sebagainya.
Namun adakah melalui penganjuran itu, umat Islam khasnya di Malaysia makin mengenali Nabi Muhamad atau ia sekadar satu rutin sambutan yang diwarisi dari orang terdahulu. Ini kerana walaupun Maulud itu disambut saban tahun, namun indeks akhlak dan peribadi umat Islam semakin merosot. Penghayatan terhadap amalan Islam semakin merosot di kalangan umat Islam.
Oleh itu seperti bagi menerbit rasa cinta kepada Nabi SAW maka perlulah penghayatan kepada perkara-perkara berikut. Ustaz Ghazali Omar di dalam diskusi Ilmu di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 25 Januari 2012 lalu, telah mengariskan 5 perkara dalam menilai atau meningkatkan kecintaan terhadap Rasul kerana hanya insan yang kasih sahaja yang akan menurut segala suruhnya orang disayanginya. Pepatah Melayu ada berkata "Tak Kenal, Maka Tak Cinta".
Antara yang perlu dilakukan adalah
1. Membanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW. Ini kerana sesiapa yang berselawat ke atas Nabi, maka ia akan menjadi satu pembuktian dalam mendapatkan syafaat dari Nabi Muhamad. Selawat adalah sangat dituntut kerana Allah dan Malaikatl turut berselawat ke atas Nabi SAW, apatah lagi umat manusia yang mengaku beriman kepada Rasul SAW.
2. Amalkan Sunnah. Mengikut cara kehidupan Rasulullah sama ada percakapan, amalan, pemakaian, pergaulan, cara makan dan sebagainya.
3. Sambung perjuangan Nabi dalam menyuburkan Islam di dalam masyarakat. Menjalankan kerja-kerja dakwah dan mencegah kemungkaran.
4. Sayang kepada orang-orang yang Nabi sayang. Contohnya para alim ulama, anak-anak kecil, orang-orang tua, penghafal Al Quran dan lebih-lebih lagi kepada orang miskin dan ibubapa.
5. Sayangi alim ulama kerana mereka adalah pewaris atau pun orang yang dipertanggungjawabkan menjalankan kerja-kerja agama yang ditinggalkan oleh Nabi SAW. Oleh itu ulama hendaklah diletakkan pada tempat yang tertinggi di kalangan manusia dan bukan sekadar mentadbir urusan hal ehwal agama tetapi mesti diberikan peranan dalam pentadbiran negara.

Thursday, March 11, 2010
APA PENGAJARAN DARIPADA SAMBUATAN MAULIDUR RASUL
Saban tahun kita menyambut maulidur Rasul, tetapi tahap "kualiti" umat Islam di Malaysia makin merosot tanpa mengira golongan yang tua atau yang muda. Jawapannya kerana kita tidak amalkan sunnah Rasulullah. Apakah kita yang bermati-matian (hingga ketahap bersengketa) hendakkan sambutan maulidur Rasul itu, tetapi diadakan sekadar untuk bersuka-suka atau kerana ia tradisi dalam masyarakat atau sudah menjadi seperti adat yang perlu dipertahankan, namum dalam masa yang sama sunnah-sunnah dan segala amalan Rasulullah kita tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah untuk cuba mengamalkannya.
Maulidur Rasul tahun 2010 baru sahaja disambut kira-kira dua minggu yang lepas. Pelbagai program dan acara dianjurkan sama ada diperingkat masjid dan surau, komuniti kawasan kediaman, peringkat daerah, negeri dan negara hatta pejabat kerajaan dan swasta serta sekolahpun turut menganjurkan.
Walaupun sambutan ini tidak menjadi satu syariat dan hanya dianjurkan oleh masyarakat yang terkemudian tetapi memandangkan adanya faedah untuk membangunkan masyarakat Islam para ulama bersetuju untuk menyambutnya.
Namun seperti biasa selepas sambutan, keadaan kembali seperti biasa (back to the square). Masjid dan surau hanya dikunjungi oleh muka yang sama, waktu maghrib masih di pasar-pasar malam, pakaian masih tak menepati syarak, akhlak terus merudum dan banyak perkara negatif makin bertambah buruk.
Saya rasa adalah lebih wajar sempena Sambutan Maulidur Rasul diadakan iklan besar (billboard) menyenaraikan setiap sunnah Rasulullah yang wajar diamalkan oleh umat Islam. Contohnya - dalam soal berpakaian, cara makan, berada dalam masyarakat (bergaul, memberi salam), melakukan solat berjemaah. Semuanya mudah dan merupakan amalan harian kita yang sepatutnya kita terapkan sunnah tersebut di dalamnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)