Di Malaysia sudah menjadi amalan bagi umat Islam menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W pada 12 Rabbiul Awal. Pelbagai program dianjurkan bagi mengingati hari keputeraan baginda seperti perarakan dan selawat, ceramah dan forum dan sebagainya.
Namun adakah melalui penganjuran itu, umat Islam khasnya di Malaysia makin mengenali Nabi Muhamad atau ia sekadar satu rutin sambutan yang diwarisi dari orang terdahulu. Ini kerana walaupun Maulud itu disambut saban tahun, namun indeks akhlak dan peribadi umat Islam semakin merosot. Penghayatan terhadap amalan Islam semakin merosot di kalangan umat Islam.
Oleh itu seperti bagi menerbit rasa cinta kepada Nabi SAW maka perlulah penghayatan kepada perkara-perkara berikut. Ustaz Ghazali Omar di dalam diskusi Ilmu di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 25 Januari 2012 lalu, telah mengariskan 5 perkara dalam menilai atau meningkatkan kecintaan terhadap Rasul kerana hanya insan yang kasih sahaja yang akan menurut segala suruhnya orang disayanginya. Pepatah Melayu ada berkata "Tak Kenal, Maka Tak Cinta".
Antara yang perlu dilakukan adalah
1. Membanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW. Ini kerana sesiapa yang berselawat ke atas Nabi, maka ia akan menjadi satu pembuktian dalam mendapatkan syafaat dari Nabi Muhamad. Selawat adalah sangat dituntut kerana Allah dan Malaikatl turut berselawat ke atas Nabi SAW, apatah lagi umat manusia yang mengaku beriman kepada Rasul SAW.
2. Amalkan Sunnah. Mengikut cara kehidupan Rasulullah sama ada percakapan, amalan, pemakaian, pergaulan, cara makan dan sebagainya.
3. Sambung perjuangan Nabi dalam menyuburkan Islam di dalam masyarakat. Menjalankan kerja-kerja dakwah dan mencegah kemungkaran.
4. Sayang kepada orang-orang yang Nabi sayang. Contohnya para alim ulama, anak-anak kecil, orang-orang tua, penghafal Al Quran dan lebih-lebih lagi kepada orang miskin dan ibubapa.
5. Sayangi alim ulama kerana mereka adalah pewaris atau pun orang yang dipertanggungjawabkan menjalankan kerja-kerja agama yang ditinggalkan oleh Nabi SAW. Oleh itu ulama hendaklah diletakkan pada tempat yang tertinggi di kalangan manusia dan bukan sekadar mentadbir urusan hal ehwal agama tetapi mesti diberikan peranan dalam pentadbiran negara.
No comments:
Post a Comment