Islam tidak mengongkong atau menyekat hak asasi manusia. Namun
kewujudan undang-undang yang mengawal perlakuan dan tindakan manusia adalah selaras
dengan prinsip Islam atau maqasid syariah, iaitu bagi memelihara agama, nyawa,
akal, keturuanan dan harta.
1.
Memelihara
agama.
Manusia mempunyai hak asasi mengamal
hidup beragama dan di Malaysia semua rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan
agama mereka. Dalam Islam kewujudan undang-undang adalah bagi memastikan bahawa
agama Islam terpelihara dan tidak dipersendakan. Apabila seseorang menganut
Islam, maka individu tersebut wajib mematuhi segala peraturan dan hukum yang
ditetapkan oleh Islam. Pihak berkuasa pula berkewajiban untuk mengambil
tindakan agar tidak wujudkan penyebaran ajaran sesat yang bercanggah dengan
ajaran Islam yang sebenar berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Oleh ini sebarang
tindakan yang boleh mencemar dan menyelewengkan ajaran Islam dari dasarnya harus
dikenakan tindakan dan ia tidak bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia
menurut perspektif Islam.
2. Memelihara nyawa.
Islam amat menghargai nyawa dan
memberikan hak asasi kepada seluruh manusia untuk hidup di dunia ini dengan
aman, selamat dan tiada ketakutan. Perbuatan membunuh orang lain,
hatta nyawa sendiri pun adalah dilarang oleh Islam. Oleh yang sedemikian, maka
adalah dilarang untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti haram yang
membahayakan nyawa seperti berlumba haram, mengambil bahan yang boleh
menjejaskan kesihatan seterusnya membawa maut seperti dadah, rokok, vape, pil
khayal dan sebagainya. Oleh itu penggubalan undang-undang dibuat bagi
memastikan nyawa setiap individu sentiasa dipelihara dan selamat.
3. Memelihara akal.
Akal adalah anggota yang penting
bagi manusia membuat keputusan dalam tindakan mereka. Akal yang sihat dan waras
akan membuahkan keputusan dan tindakan yang baik kepada semua makluk dan sebaliknya
jika akal yang tidak waras dan terganggu, maka keputusan dan tindakannya juga
memberikan mudarat kepada makhluk dan alam. Islam memberikan manusia hak asasi untuk
dipelihara akalnya. Akal lah yang membezakan antara manusia dan binatang.
Perbuatan seperti meminum arak
dan mengambil dadah adalah haram kerana ianya boleh merosakkan akal. Hikmah
dengan wujudnya undang-undang Jenayah Syariah, maka akal manusia akan
terpelihara. Apabila akal tidak berfungsi
secara sepatutnya makan ia akan cenderung mengikut nafsu dalam membuat
keputusan dan natijahnya perkara buruk akan berlaku kepada dirinya, keluarga
dan masyarakat.
4. Memelihara
keturunan.
Secara tabi’e manusia mempunyai
keinginan untuk berkeluarga. Islam menjamin hak tersebut dan mengariskan
peraturan untuk berkeluarga demi memastikan kelangsungan nasab dan keturunan. Islam
mewajidkan pernikahan dan mengharamkan perzinaan
supaya nasab keturunan, hak perwalian dan pewarisan terpelihara. Oleh kewujudan
undang-undang Syariah bertujuan mengawal agar tidak berlaku perzinaan yang
merosakkan keturunan. Pengawalan itu penting bukan sahaja bagi mengawal dari
segi nasab, tetapi juga dari segi hak ke atas harta dan tanggungjawab.
5. Memelihara harta.
Naluri manusia memang
berkeinginan untuk memiliki harta dan Islam amat tidak melarang bahkan
mengalakkan umat manusia mencari dan mengumpulkan harta. Namun Islam menetapkan
peraturan dalam mendapatkannya dan cara untuk membelanjakannya. Harta tidak
boleh diperolehi melalui penipuan, rampasan dan rompakan daripada individu
lain, aktiviti haram seperti melalui perjudian dan riba. Islam mewajibkan tuan
punya menjaga hartanya dengan baik iaitu disimpan ditempat yang sepatutnya dan
tidak mendedahkan kepada umum atau dibiarkan tanpa kawalan.
No comments:
Post a Comment