80 kali sebulan menggunakan kad Touch n Go anda layak dapat rebet 20 % ke atas bayaran tol lebuhraya. Sekali dengar wow .. bagus tu, tetapi hakikatnya berapa ramai yang menggunakan lebuhraya ke tempat kerja yang mencapai jumlah tu. Hari bekerja paling banyak 23 hari sebulan dan kalau pergi dan balik gunakan Touch n Go baru jumlahnya 46 kali kerana kebanyakan pengguna yang tinggal di Seremban, Rawang, Shah Alam, Klang dan sebagainya hanya membayar sekali untuk datang dan sekali ketika pulang dari bekerja. Kalau 50 kali logik gak yer ...
Lainlah bagi yang terlibat dalam perniagaan yang banyak menghabiskan masa di atas jalan. Mereka ni orang bisnes dan dah kayapun. Kalau mampu pakai BMW, mercedes, Alphard dan kereta mewah lain takkanbayaran tol lima ratus ringgit pun tak mampu bayar.
Subsidi seharusnya disasarkan kepada golongan bawah dan pertengahan. Sekarang ini ramai golongan pertengahan khasnya kakitangan kerajaan yang membeli rumah di luar lembah Kelang kerana harga yang lebih rendah. Ramai yang berulang alik sejauh lebih 100 km sehari dan kos tol yang ditanggung antara RM7 hingga RM12 sehari.
No comments:
Post a Comment