Monday, May 18, 2009

Penswastaan ..

Dasar penswastaan ialah suatu proses pemindahan kepentingan atau pelaburan atau hak milik kerajaan yang tertentu kepada pihak swasta atau diuruskan sebagai sebuah syarikat. Ia dilancarkan di negara kita pada tahun 1983 oleh YAB Perdana menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammed.

Rasional yang mempengaruhi dasar penswastaan:

1. Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
2. Meningkatkan kecekapan mutu perkhidmatan atau barangan, kerana sektor swasta lebih mengutamakan keuntungan, ia lebih cenderung untuk meningkatkan produktiviti.
3. Memberikan pendapatan melalui dividen atau keuntungan daripada pelaburan yang dibuat dalam syarikat tersebut kepada kerajaan dan badan kerajaan serta pendapatan melalui cukai dan zakat kepada kerajaan.

Jenis-jenis penswastaan.

1. Penswastaan secara sebahagian,
Melalui cara ini sebahagian sahaja hak milik kerajaan dipindahkan kepada syarikat.

2. Penswastaan secara terpilih,
Melalui cara ini hanya sebahagian sahaja daripada perkhidmatan yang terpilih diswastakan

3. Penswastaan secara menyeluruh,
Di mana seluruh agensi kerajaan dan kepentingannya telah dijadikan badan swasta dan ditadbir sebagai sebuah syarikat yang kepentingannya dikawal oleh kerajaan

Contoh penswastaan yang berjaya ialah Pos Malaysia, TNB, Telekom
Pnswastaan yang gagal - Indah Water, MAS,
Syarikat swasta yang gagal dan diambil alih oleh kerajaan - Putra, Star, Intrakota, Perwaja

Soalnya adakah penswastaan itu memberikan faedah yang sewajarnya kepada kerajaan atau agensi induk atau ia sekadar menjadi "vehicle or tool" oleh segelintir individu untuk membuat kekayaan?

1 comment:

bagak... said...

good articles.