Thursday, May 14, 2009

"Google Maps Malaysia

Google Maps Malaysia (http://maps.google.com.my), iaitu platform carian baru yang
membolehkan pengguna mencari maklumat geografi tempatan di komputer peribadi dan
telefon mudah alih mereka.
Ini termasuklah peta dalam talian, gambaran satelit, hala tuju pemanduan,
alamat dan senarai perniagaan, kata Google dalam satu kenyataan hari ini.
Pengguna boleh mencari perniagaan tempatan atau poin yang menjadi minat,
memeriksa acara atau tayangan filem yang sedang berlangsung di kawasan
berdekatan, menasihat kawan-kawan atau pelancong yang datang melawat mengenai
tempat tarikan tempatan, menyelidiki lokasi atau hartanah yang mahu dibeli atau
disewa, malah mencari tempat makan, membeli belah atau pilihan hiburan malam,
kata Google.
Ketua pemasaran Google (Asia Tenggara), Derek Callow, berkata "Google Maps
Malaysia" membolehkan pengguna tempatan, perniagaan dan pemaju menyumbang dan
berkongsi maklumat mereka.

No comments: