Oleh: Ali Imran Mohd Noordin
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ketika menghadiri satu majlis jamuan,mungkin kerana alah kepada udara yang tercemar, seorang tetamu tiba-tiba
bersin dan serentak dengan itu terasa seluarnya dibasahi air kencing. Dia berasa tidak selesa dan mengharapkan masalah yang dialaminya tidak
disedari tetamu lain. Pilihan yang ada baginya ialah bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik airuntuk melakukan apa yang perlu. Sebenarnya, kejadian seperti itu turut menimpa ramai orang lain, tetapi,mungkin kerana malu untuk mendedahkan rahsia diri, mereka tidak
menghebahkannya kepada sesiapa. Ketirisan kencing atau masalah kencing tak terkawal (UI) berlaku pada lelakidan wanita. Bagaimanapun, tidak ramai yang bersedia untuk mengaku bahawamereka mengalami masalah ini. Kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan warga emas dan golongan inibersedia melakukan apa saja untuk mengatasi masalah itu, kata Dr Warren Lo Hwa Loon, pakar urologi di Hospital Kuala Lumpur.
UI MENJEJASKAN KUALITI KEHIDUPAN Dr Lo berkata walupun UI tidak mengancam nyawa, tetapi ia menjejaskankualiti kehidupan. UI berpunca daripada disfungsi pundi kencing, penggunaan otot detrusorsecara berlebihan, tersumbatnya saluran kencing, disfungsi sfinkter dankecederaan pada sistem saraf. Oleh kerana penyakit ini dianggap boleh membawa keaiban diri, tidak ramaiyang berasa selesa untuk membincangkannya secara terbuka. Tiada sebab untuk berasa malu, lebih-lebih lagi kerana ia sebenarnya bolehdirawat," kata Dr Lo. JENIS MASALAH Terdapat tiga jenis keadaan tidak boleh dikawal: Stres Tidak Terkawal (SI),Rangsangan Tidak Terkawal (UI) dan Keadaan Tidak terkawal Bercampur (MI). SI terjadi apabila otot lantai pelvis tidak memiliki kekuatan yangsepatutnya. Orang yang mengalami masalah ini akan terkencing apabila melakukan aktiviti yang memberi tekanan secara langsung atau tidak langsungkepada pundi kencing. UI pula terjadi apabila berlaku penguncupan otot secara tidak sengaja dan tidak sepatutnya. Dalam kes ini, pundi kencing menjadi tidak stabil apabila saraf yang mengawal pundi bertindak secara terlebih aktif hingga menyebabkan timbul rasa untuk membunag air kecil yang sukar ditahan. Dalam sesetengah kes, air kencing akan terkeluar apabila seseorang itu melakukan aktiviti yang melibatkan air seperti minum dan menyentuh air atau malah, mendengar bunyi air mengalir. Dr Lo berkata gangguan neurologi, penyekatan aliran keluar air kencing daripada pundi dan pengambilan minuman beralkohol dan yang mengandungi kafein adalah antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah tidak terkawal. Penyekatan aliran air kencing pula mungkin berlaku kerana terdapat batu, tumor dan prostrate menjadi kembang, katanya. MI pula adalah gabungan antara SI dan UI. Satu soal selidik dikenali sebagai Consultation on Incontinence Questionnaire (ICIQ-SF) digunakan untuk memeriksa gejala ini. Soal selidik ini menyiasat tentang kekerapan berlakunya ketirisan air kencing, purata jumlah air kencing yang tiris dan pendapat seseorang tentang kesan daripada penyakit ini. PILIHAN RAWATAN Kaedah yang digunakan untuk merawat UI bergantung pada sejauh mana teruknya sesuatu kes itu. Rawatan boleh dilakukan dalam bentuk mengubah bentuk perilaku, penggunaan ubat-ubatan atau pembedahan. Ada orang terkejut aabila mengetahui bahawa hanya dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat, termasuk mengurangkan berat badan dan meninggalkan tabiat merokok serta melakukan senaman lantai pelvis, seseorang itu dapat mengatasi masalah ketirisan ini," kata Dr Lo. Beliau berkata senaman lantai pelvis mudah dilakukan kerana ia hanya memerlukan seseorang itu duduk dengan selesa dan meramas otot pelvisnya secara berterusan sebanyak 10 hingga 15 kali. Ditanya tentang kos rawatan, Dr Lo berkata kadarnya ialah antara RM100 dan RM200 sebulan. Kata beliau pembedahan untuk mengatasi masalah ini pula melibatkan satu prosedur mudah dan dalam kebanyakan kes, pesakit akan dapat mengawal semula pundi mereka selepas dibedah. Bagi lelaki, SI boleh dirawat dengan memasukkan sfinkter kencing tiruan atau menggunakan agen pemukalan seperti Botox dan kadar kejayaannya ialah 80 peratus, kata Dr Lo. Bagi wanita pula, kata beliau, SI boleh dirawat dengan memasukkan pita vagina dengan kadar kejayaannya ialah 84 hingga 88 peratus, manakala agen pemukalan seperti Botox juga boleh digunakan. Mengenai UI, kata beliau, ia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah dikenali sebagai Transcutaneous Electrical Nerve Simulation (TENS), neuromodulation, agen pemukalan dan bagi kes kritikal, pembedahan Ileal Loop Diversion boleh digunakan. Bagi merawat MI, gandingan rawatan untuk SI dan UI boleh digunakan, katanya. CARA MENDAPATKAN RAWATAN Menurut presiden Persatuan Urologi Malaysia (MUA) Prof Azad Hassan A.Razack, Malaysia mempunyai lebih kurang 100 pakar urologi, yang sama ramai jumlahnya di hospital awam dan swasta. Seratus pakar urologi bagi lebih 28 juta penduduk adalah terlalu sedikit. Negara ini mengalami kekurangan pakar urologi," katanya. Di samping menjadi badan penaung rasmi untuk pengamal dalam bidang ini, MUA juga memberi latihan kepada bakal pakar urologi. Persatuan ini melahirkan lima hingga 10 pakar urologi setahun. -- BERNAMA
Contoh gangguan neurologi termasuk penyakit Parkinson dan strok, manakala
beberapa titis air kencing akan terkeluar apabila seseorang itu batuk, ketawa,
bersin, melakukan senaman atau melakukan sesuatu gerakan. Kegiatan ini
memberi tekanan kepada bahagian intra-abdomen dan seterusnya memberi
tekanan pula kepada pundi kencing.