Kenaikan harga petrol bagus untuk rakyat kerana dapat mengurangkan
masalah kesihatan, khasnya obesiti. Apabila harga petrol naik maka lebih ramai orang akan
menggunakan basikal dan berjalan kaki yang secara tidak langsung menjurus melakukan senaman.
Namun jika ada yang kemampuan sedikit
mereka akan beralih menggunakan motosikal untuk aktiviti sehariannya mereka.
Walaupun kadar kemalangan motosikal
tinggi dan juga banyak nyawa yang terkorban, ia juga bagus untuk ekonomi
negara kerana dapat merangsangkan perkembangan industri insuran negara
serta aktiviti perusahaan baik pulih motosikal.
Selain itu aktiviti
peruncitan kain kapan serta alatan jenzah akan meningkat. Peluang
pekerjaan juga akan bertambah bagi penggali kubur, tukang mandi jenazah,
serta penggunaan kenderaan jenazah akan meningkat.
No comments:
Post a Comment