Tuesday, March 29, 2016

GANGGUAN DALAM MELAKUKAN IBADAT

Artikel di bawah adalah petikan daripada ceramah yang disampaikan oleh PU Ustaz Johani Ibrahim di dalam kuliah maghrib yang beliau sampaikan pada 8 Jun 2014 di masjid Bandar Tasik Puteri.

Di dalam melakukan amalan soleh terdapat beberapa gangguan yang sering dihadapi oleh umat Islam. Dalam tulisan ini dibawakan empat jenis gangguan yang iaitu gangguan dunia, gangguan daripada manusia, gangguan syaitan dan gangguan hawa nafsu.

1. Gangguan dunia. Ia melibatkan kesibukan kerja, penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan yang tidak seimbang, tumpuan berlebihan kepada hobi sehingga melalaikan dan leka untuk melakukan amal soleh. Antara cara mengatasinya ialah dengan membaca " Hasbunallah wanikmal wakil ...."

2. Gangguan manusia. Ia boleh jadi isteri, suami, anak-anak dan kawan-kawan. Contoh kita nak pergi kuliah, tetapi anak-anak ajak pergi makan di luar. Nak pergi berjemaah di masjid tetapi isteri minta belikan gas yang habis di kedai. Untuk mengurangkan gangguan manusia baca surah An Nas.

3. Gangguan syaitan. Itu adalah hakikat kewujudannya iaitu mengganggu manusia dalam melakukan aml soleh. Namun syaitan merujuk kepada sifat atau perlakuan yang wujud dalam makhluk sama ada iblis, jin dan juga manusia. Baca Auzubillah ...

4. Gangguan hawa nafsu. Dalam diri manusia terdapat dua benda iaitu iman dan hawa nafsu. Hawa nafsu cenderung untuk melakukan perkara yang laro, perkara-perkara yang seronok dan melalaikan dan tidak suka kepada perkara kebaikan dan amal soleh. Hawa nafsu boleh ditundukkan dengan memperbanyakkan zikir dan mebajai hati dengan mendengar nasihat-nasihat agama. Untuk menjinakkan hawa nafsu kita digalakkan membaca surah Al Insyrah.

No comments: