Monday, March 14, 2016

AKTA PENGURUSAN STRATA YANG BARU PERUNTUKAN HUKUMAN KE ATAS PEMILIK KONDO DAN APARTMEN

Pemilik kondominium dan apartment akan dikenakan tindakan jika mereka gagal untuk membayar yuran penyelenggaraan dan bayaran-bayaran berkaitan apabila kerajaan menguatkuasan Akta Pengurusan Strata yang baru dalam masa yang terdekat ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star.

Di bawah Akta Pengurusan Strata yang baru, pemilik kediaman kondominium dan apartment yang gagal membayar yuran penyelengaraan dan bayaran-bayaran lain akan dikenakan denda sehingga RM5,000 dan penjara tiga tahun.

Sepasukan sembilan ahli pengguatkuasa akan dibentuk untuk memastikan pelaksanaan secara meluas diseluruh negara dengan melibatkan bantuan kerajaan negara dan pesuruhjaya bangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan.

“Pasukan ini akan memfokus kepada 34 kesalahan yang tersenarai di bawah Akta ini, termasuklah kegagalan membuat bayaran penyelenggaraan,” kata Mohammad Ridzwan Abididn,  Setiausaha, Bahagian Perkhidmatan Bandar, Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata pasukan tersebut terdiri daripada pegawai dan pakar daripada agensi pengguatkuasaan undang.

Pemilik rumah yang gagal juga berhadapan denda tambahan sebanyak RM50 sehari sehingga bayaran diselesaikan. 

No comments: