Wednesday, August 15, 2012

Susu Ibu Boleh Cegah Penyakit Jantung

Ini adalah alasan kukuh kenapa para ibu sewajarnya menyusukan bayi mereka
kerana kajian mendapati susu ibu boleh mencegah bayi daripada mendapat
penyakit jantung pada masa depan.

Satu kajian telah mendedahkan bahawa bayi-bayi yang diberikan susu ibu
sekurang-kurangnya enam bulan mempunyai kadar kolestrol yang rendah
ketika dewasa, di mana juga mengurangkan risiko mendapat penyakit
arteri tersumbat (coronary artery).

Menurut penyelidik, pendedahan awal kepada kandung tinggi kolestrol
dalam susu ibu akan memberikan kesan kepada badan seseorang dalam
menangani kolestrol dalam jangka panjang.

"Penyusuan awal, khasnya secara eksklusif, menunjukkan hubung
kaitannya dengan rendahnya kandungan kolestrol dalam darah di hari
kemudian, dibandingkan dengan penyusuan awal dengan susu formula,"
the Press Trust of India (PTI) memetik ketua pengarang Dr Chris
Owen di dalam 'Daily Telegraph'.

Dr Owen dan rakan-rakannya di University of London mencapai
rumusan selepas menganalisi data ke atas 17,000 orang dewasa di
Britain -- mereka menemui bahawa individu yang mendapat penyusuan
susu ibu secara eksklusif mempunyai kolestrol yang rendah berbanding
yang diberikan susu formula.

No comments: