Monday, April 05, 2010

Santa Claus Muncul Di Hulu Selangor

Cerita lama, watak yang sama, cuma latar belakangnya yang berbeza. Itulah kesimpulan yang dapat dibawa bila wujudnya pilihanraya kecil. Santa Claus akan muncul membawa pelbagai hadiah segera.

Projek-projek segera akan muncul. Kalau dulu tengok sebelah matapun tak sudi atau nak dengar nama kampung-kampung di dalam daerah ini pun tak de masa, tetapi kini semua orang berkepentingan sanggup "mencemar duli" untuk turun bagi menyelami dan menyelesaikan masalah penduduk yang wujud hatta sejak 53 tahun lalu.

Kini 4 sekolah dijanjikan akan dibina di Hulu Selangor, rumah sebanyak 1,250 unit akan dibina untuk masyarakat Felda di daerah ini, pemberian hak milik tanah juga secara tiba-tiba menjadi mudah. Orang Sungai buaya akan dapat susur masuk & keluar daripada lebuhraya (dijanjikan akan dibina awal tahun depan). Permata Negara juga nak bina bangunannya di Hulu Selangor.

Bak kati orang rezeki datang mencurah-curah dalam pelbagai bentuk. Harga rumah hantu pun dah beribu-ribu ringgit sewanya untuk sebulan. Itu belum sewa hotel, kenderaan dan jualan makanan di warung dan restoran-restoran di bandar sekitar Hulu Selangor.

No comments: