Tuesday, March 23, 2010

Mencari Kejujuran Ahli Politik

Banyak isu membabitkan politik negara dan ahli politik muncul sejak lebih sepuluh tahun lalu atau lebih tepat sejak peristiwa 1998. Sejak tarikh itu, pelbagai peristiwa berlaku, maka kekalutan di kalangan ahli politik makin menjadi-menjadi.

Setiap tindakan ahli politik dilihat lebih kepada mencari kepentingan politik atau "political mileage", bukan atas dasar tanggungjawab yang wajib dilaksanakan kepada para rakyat. Ahli dan parti politik berlumba-lumba menonjolkan diri sebagai juara atau paling hebat dalam membela rakyat. Maka setiap program dan projek yang akan dilaksanakan akan diwar-warkan kepada seluruh pelusuk alam bahawa kami tak lupa untuk membantu dan membangunkan rakyat sehingga menyebabkan wang yang sepatutnya digunakan untuk membiayai projek pembangunan digunakan untuk menjayakan program "untuk menunjuk" tadi. Bayangkan berapa kos yang dihabiskan untuk melancarkan program menunjuk tersebut bagi setiap negeri.

Jika sebelum ini, ahli politik semacam buat tak endah kepada rakyat, tetapi akibat wujud persaingan kuasa, maka kini mereka semacam tak boleh duduk diam dan akan mencari sesuatu platform bagi menunjukkan bahawa mereka masih relevan dalam arus perdana politik negara.

Jika dulu ketika bersama segalanya indah, tetapi bila berpisah, dikatakan bekas rakannya sebagai paling buruk pernah dikenali. Betul atau tidak hanya empunya diri dan Allah yang tahu. Namun kita sebagai rakyat mencari kejujuran di dalam diri ahli politik seperti ini.

No comments: