Media mempunyai peranan yang sangat penting dalam proses pembangunan dan penyatuan masyarakat. Media berperanan menyebarkan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat ke arah pembentukan masyarakat yang berilmu, bersatu serta bermoral tinggi.
Namun kini, didapati media telah menyelewang daripada landasan asas kewujudannya. Media menjadi medan untuk mempromosikan dan menonjolkan sesuatu golongan dan mempersenda serta memburukkan golongan yang lain. Media tidak lagi berperanan menyebar maklumat yang tepat dan benar ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni, tetapi lebih kepada propaganda dan kepentingan segolongan yang mendokonginya.
Apa yang terjadi media kini tanpa segan silu dan rasa bersalah menjadi alat pemecah belah masyarakat. Media menjadi alat penyebar kepada program yang meruntuhkan nilai dan adat resam bangsa serta mempromosikan cara kehidupan yang menyelewang daripada nilai dan prinsip-prinsip agama.
Ironinya, media yang sama dalam waktu yang lain menyeru agar masyarakat bersatu, berdisiplin, bermoral dan bepekerti mulia, tetapi bahan yang disajikan oleh media tersebut adalah berlawanan dengan apa yang dicanangkan oleh mereka.
No comments:
Post a Comment