Monday, July 06, 2009

Masih Tak berubah ...

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Umno/BN telah mengagihkan uniform sekolah dan beg sekolah kepada 6,142 murid di Manek Urai melibatkan sekolah rendah, menengah dan sekolah agama.

Nampaknya Umno masih tak berubah dengan taktik pilihanraya dalam memancing undi. Bukankah jelas ini adalah perbuatan rasuah. Selalunya pemberian beg dan uniform sekolah dibuat sebelum sesi persekolahan bermula, tetapi yang ini dah masuk suku kedua sesi persekolahan untuk tahun 2009.

Apakah sebelum ini tak ada maklumat mengenai kesusahan penduduk di situ dan hanya dekat dengan pilihanraya baru nampak bahawa orang di situ susah atau walaupun tak sesusah mana tetapi disebabkan pilihanraya, maka pemberian tetap diberikan untuk tujuan memancing undi.

Cakap banyak pun tak guna. Apapun kita tengok masa awal sesi persekolah tahun 2010. Adakah bantuan yang sama datang ke Manek Urai.

1 comment:

Anonymous said...

**PEMBETULAN**
Ini baru sedikit. Rakyat dahagakan pembangunan. Islam suruh membangun. Bahagia dunia & bahagia akhirat.

Insyaallah, bila BN menang, akan lebih banyak lagi pembangunan insan akan dibuat.

View Profile: Rantong™