Wednesday, May 28, 2008

TUKOR GAYE HIDUP

Perkembangan ekonomi global semakin tidak menentu di pengaruhi oleh harga minyak dunia yang terus melonjak hingga ke paras US138 setong dan keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin menurun serta penurunan dalam pengeluaran hasil pertanian dunia. Tiada tanda-tanda harga minyak akan turut ke paras pasaran seperti tahun lepas sekitar US70 setong.

Kita di Malaysia turut terkena tempias dan yang paling terasa adalah kenaikan harga beras yang melebih 50 % serta kemungkinan harga minyak untuk dinaikkan tidak boleh dinafikan kerana telah ada cadangan-cadangan daripada pihak kerajaan ke arah itu.

Ramai yang dah mengeluh. Nilai wang menjadi terlalu kecil kini. Bagi pihak rakyat mereka mengharapkan kerajaan dapat mewujudkan satu mekanisma yang dapat mengawal harga dan stok barangan dalam pasaran. Bagi kerajaan pula rakyat harus mengubah cara hidup untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Mungkin yang berada boleh terus menjalani kehidupan seperti dulu dan bagi yang sederhana boleh menyesuaikan dengan keadaan dengan mengutamakan keperluan khusus, tetapi bagi kebanyakan rakyat yang berada dalam golongan pendapatan rendah mereka buntu bagaimana lagi nak "adjust" cara hidup sedangkan dalam keadaan ekonomi mencanak naik mereka terpaksa mengikat perut apatat lagi sekarang. Hingga ada yang kata kalau dulu makan beras 15 % hancur sekarang kena makan beras 50 % hancur atau yang dah 100 % hancur.

Renungkanlah ... kita mungkin agak bernasib baik walaupun kadang kala sesak nafas juga memikirkan sara hidup di bandaraya yang segala memerlukan wang, tetapi sebahagian daripada mereka mungkin saudara kita, kaum kerabat kita atau kawan-kawan kita ...

No comments: