Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan supaya semua urusan agama di negeri itu tidak dikaitkan dengan jenama Islam hadari.
Sebenarnya tidak ada apa yang baru yang dibawa oleh Islam Hadari dalam pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan lebih tepat lagi hanya proses penjenamaan semula konsep penerapan nilai-nilai Islam yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir.
Kekeliruan timbul bila dikatakan Islam Hadhari itu adalah merujuk kepada Islam yang menjurus kepada meningkatkan ketamadun Islam dan apakah Islam yang tidak mengisbatkan dengan Hadhari itu tidak lengkap kerana tidak menyata bahagian tamadun itu.
Sedangkan Islam yang sebenarnya meliputi semua aspek walaupun tanpa menyatakan bahawa ia adalah hadhari, iaitu umat Islam wajib membangunkan ketamadunnya dengan berteraskan konsep syariah.
Namun di bawah Islam hadhari yang ada pada hari ini, ketamadunan yang dikejar tidak jelas arahnya. Ini kerana secara fizikalnya memang negara ini maju, tetapi hakikat pembangunan insannya amat membimbangkan dengan segala gejala salah laku moral dan keruntuhan akhlak yang semakin naik sama maju dengan pembangunan fizikal. Jika ini yang diperjuangkan di bawah Islam Hadhari iaitu mengejar pembangunan tetapi mengabaikan pembangunan sahsiah insaniah maka ia jelas bertentangan dengan Islam yang di bawa oleh Nabi Muhamad s.a.w.
Oleh itu bagi penulis adalah belum terlambat untuk pihak kerajaan persekutuan untuk membetulkan keadaan kerana apa perlunya dijenamakan sebagai Islam Hadhari kerana Islam yang ada merangkumi semua aspek kehidupan manusia termasuk hadhari (ketamadunan) itu sendiri.
No comments:
Post a Comment