Wednesday, October 03, 2012

Alasan yang anda fikirlah sendiri

Kenaikan harga petrol bagus untuk rakyat kerana dapat mengurangkan masalah kesihatan, khasnya obesiti. Apabila harga petrol naik maka lebih ramai orang akan menggunakan basikal dan berjalan kaki yang secara tidak langsung menjurus melakukan senaman.

Namun jika ada yang kemampuan sedikit mereka akan beralih menggunakan motosikal untuk aktiviti sehariannya mereka.

Walaupun kadar kemalangan motosikal tinggi dan juga banyak nyawa yang terkorban, ia juga bagus untuk ekonomi negara kerana dapat merangsangkan perkembangan industri insuran negara serta aktiviti perusahaan baik pulih motosikal.

Selain itu aktiviti peruncitan kain kapan serta alatan jenzah akan meningkat. Peluang pekerjaan juga akan bertambah bagi penggali kubur, tukang mandi jenazah, serta penggunaan kenderaan jenazah akan meningkat.

No comments: