Asap yang dikeluar daripada satu lingkaran penghalau nyamuk adalah sama dengan asap yang dihasilkan oleh 100 batang rokok yang telah memberikan kesan buruk kepada banyak orang di India kata seorang pakar.
"Tidak ramai orang tahu mengenainya, tetapi kerosakkan berlaku pada paru-paru yang berpunca daripada asap yang dihasilkan oleh satu lingkaran nyamuk atau bersamaan dengan 100 batang rokok. Ini adalah hasil kajian yang terkini yang dijalankan di Malaysia" kata Pengarah Chest Research Foundation Sandeep Salvi.
Beliau bercakap di dalam persidangan "Air Pollution and Our Health" yang dianjurkan oleh Pusat Sains dan Alam Sekitar bersama dengan Indian Council for Medical Research and the Indian Medical Association.
Salvi berkata kesedaran orang ramai mengenai kesan pencemaran udara ke atas kesihatan manusia masih kurang.
Beliau memberi contoh bahawa kurangnya budaya mengkaji di kalangan doktor-doktor di India, Salvi berkata bahawa pencemaran udara dalam bangunan juga merupakan faktor kepada risiko kesihatan.
No comments:
Post a Comment