Pihak berkuasa Arab Saudi telah menaikkan had bayaran ganti rugi atau wang darah (diyyat) atas kejadian pembunuhan dengan niat dan tanpa niat kepada SR400,000 (RM318,322) dan SR300,000 (RM238,741), berbanding kadar lama SR110,000 (RM87,529) dan SR100,000 (RM79,574).
Di dalam undang Islam, pesalah yang membunuh akan dibicarakan di bawah Qisas, iaitu pesalah yang membunuh secara akan dijatuhkan hukuman bunuh, melainkan dimaafkan oleh keluarga mangsa dan pesalah akan diminta membayar diyyat (ganti rugi) atau wang darah kepada keluarga mangsa.
Pesalah yang membunuh tanpa niat akan dikenakan diyyat yang juga dibayar kepada keluarga mangsa.
Penentuan kadar diyyat adalah mengikut penentuan harga 100 ekor unta. Oleh itu kadar yang dikenakan akan dikaji dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan hukuman qisas dan pembayaran diyyat adalah bagi menjaga maslahah umum, di mana Islam memandang serius dalam menjaga nyawa manusia. Oleh itu jika kematian berlaku ke atas ketua keluarga, maka adalah lebih baik jika keluarga mangsa memaafkan pesalahnya dan mendapatkan wang diyyat itu untuk digunakan bagi menampung saraan keluarga yang telah kehilangan punca pendapatan akibat kematian ketua keluarga.
Ini seterusnya menghindari berlakunya masalah lain, khususnya kemalaratan dalam keluarga.
No comments:
Post a Comment