Mengikut Kaedah 8 (3) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran Dan Perlesenan) 1959, pemilik kenderaaan bermotor yang berdaftar hendaklah pada sepanjang masa memiliki sijil pendaftaran untuk kenderaan bermotor.
Sejajar dengan itu, pihak pembiaya (pemberi pinjaman) tidak berhak untuk menyimpannya. Oleh itu amalan semasa yang dilakukan oleh pihak pemberi biaya menyimpan kad pendaftaran kenderaan adalah salah, walaupun untuk tempoh setahun pertama selepas pembiayaan diberikan kepada pemilik berdaftar . Para pemilik kenderaan berhak untuk meminta pembiaya untuk memberikan mereka kad pendaftaran tersebut.
No comments:
Post a Comment