Setelah mengambil kira cadangan pemandu, satu pelarasan harga bahan petroluem telah dlakukan oleh kerajaan berkuatkuasa 16 Julai 2010.
Melalui tindakan ini, subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan keatas harga 5 barangan, di mana empat di antaranya barangan petroluem dan gula telah dikurangkan antara 10 sen dan 25 sen.
Namun dalam menangani isu ini, kerajaan cuba untuk menunjukkan bahawa tindakan yang dibuat olehnya adalah berpatutan kerana harga petroluem, khasnya di negara lain lebih mahal. Akan tetapi apa yang tidak diberitahu kepada rakyat ialah bahawa subsidi petroluem RON95 hanya 12 sen seliter dan minyak RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Oleh itu harga RON95 tanpa subsidi hanyalah RM1.97 sahaja.
Oleh adalah tidak releven jika kerajaan tunjukkan jadual harga minyak di negara lain kerana harga minyak mahal di negara tersebut adalah disebabkan negara tersebut tidak mempunyai hasil minyak atau tidak sebanyak Malaysia yang menjadi "net exporter".
No comments:
Post a Comment