Daripada rakyat kepada rakyat. Itulah istilah keramat dalam politik demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Ia bermaksud pemimpin dilantik oleh rakyat dan segala tindakan pemimpin adalah demi untuk kebaikan rakyat.
Secara teorinya begitulah di bawah konsep demokrasi. Namum hakikatnya, dalam banyak perkara rakyat yang memberi kuasa telah dikesampingkan dalam hal pelantikan pemimpin. Ia berkaitan dengan hal pelantikan jawatan menteri dan timbalan menteri. Pelantikan ke jawatan tersebut sewajarnya diambil di kalangan mereka yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Ini kerana hanya mereka yang memenangi pilihanraya layak memegang jawatan tersebut kerana rakyat memilih mereka untuk menjadi pemimpin mereka. Mereka yang kalah dalam pilihanraya, membuktikan bahawa mereka tidak ditolak oleh rakyat.
Oleh itu amalan melantik mereka yang kalah dalam pilihanraya atau mereka yang tidak dicalonkan bertanding dalam pilihanraya ke jawatan menteri dan timbalan menteri adalah berlawanan dengan semangat demokrasi dan membelakangi aspirasi rakyat.
1 comment:
betul tu setuju sekali
Post a Comment