Keindahan Islam tenggelam akibat perbuatan umat Islam sendiri yang engkar untuk mematuhi suruhan dan ajaran Islam. Akibat perbuatan mereka, orang bukan Islam melihat agama Islam sebagai agama yang buruk sedangkan Islam adalah agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh alam.
Bekas perdana menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad sendiri menggesa umat Islam di negara ini agar bertanggungjawab membersihkan imej Islam, jika tidak orang Islam akan terus mendapat nama yang buruk.
"Tetapi untuk memberi gambaran (elok) amatlah perlu umat Islam sendiri
mencerminkan budaya yang dianjurkan oleh Islam.
"Kadang-kadang kita dapati orang Islam sendiri bergerak melakukan
tindakan-tindakan dan juga bercakap dengan cara yang memburukkan agama Islam,"
ujar beliau.
Sekiranya penganut agama Islam tidak mengamalkan ajaran Islam sebagaimana
dikehendaki seperti bersopan, bertimbang rasa dan tidak melakukan perkara yang
keji, maka secara tidak langsung orang Islam akan mendapat kesannya.
Malah, katanya, pada masa ini masih banyak kecaman dan tohmahan yang
dilemparkan terhadap orang Islam terutama Melayu Islam.
Tun Dr Mahathir berkata umat Islam harus meneliti semula ajaran-ajaran Islam
dalam Al-Quran, hadis-hadis sahih agar apa yang diamalkan akan dilihat sebagai
dinamis dan suci.
Orang Islam harus menzahirkan ciri-ciri keIslaman di dalam kehidupan seharian mereka melalui cara berpakaian, bermasyarakat, bekerja, belajar, di samping patuh dalam melakukan ibadat khusus.
No comments:
Post a Comment