Islam adalah agama kasih sayang yang perlu disyukuri oleh semua mukmin kerana ia merupakan anugerah terbesar Allah SWT.
"Tanpa kasih sayang Allah, tidak ada ibu kandung yang mahu mengandungkan dan melahirkan anak, ini semua adalah kasih sayang Allah yang ditaburkan kepada makhluk-Nya."
"Selain itu, orang Islam adalah bersaudara namun syarat untuk bersaudara adalah kasih sayang" jelas penceramah terkenal Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz.
Menurutnya sifat tuhan yang disebutkan di dalam surah Al Fatihah ialah Arrahman dan Arrahim iaitu pengasih dan penyayang dan umat Islam menyebut kalimat itu sebanyak 34 kali sehari semalam di dalam solat.
Beliau berkata demikian di dalam forum Perdana Bulanan bersiri dan bersilibus yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Menurut beliau lagi, kasih sayang adalah satu anugerah yang tidak boleh dicari dan dibuat-buat. Ia perlu dipupuk menggunakan tali Allah dengan konsep tolong menolong, saling faham memahami dan bertolak ansur.
No comments:
Post a Comment