Seperti biasa tiap kali hari raya balik kampung di Parit Buntar dan Bt Kurau. Dalam berkumpul dan berziarah banyak cerita yang dibicarakan dari soal politik, ekonomi, pendidikan dan hal kekeluargaan di kalangan saudara mara dan handai taulan.
Soal politik terus hangat dibicarakan sejak Februari 2009 dan nampaknya kemelut ini sukar untuk diselesaikan. Soal pilih kasih dalam pemberiaan bantuan penduduk luar bandar turut diperkatakan dan dihangatkan lagi kegagalan pembayaran saguhati kepada imam, bilal dan siak masjid di Perak sebelum Aidil Fitri.
Turut dibincangkan sesama keluarga bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan di dalam menghadapi kemelut ekonomi. Pelbagai program perniagaan dibincangkan menurut kesesuaian masing-masing. Apa yang penting menjana pendapatan tambahan untuk keluarga selain memenuhi minat.
Yang penting hari raya adalah hari berkumpulnya adik beradik dan saudara mara.
No comments:
Post a Comment