Lelaki mempunyai tanggungjawab yang berat kerana sebagai ketua keluarga ia mempunyai tanggungjawab ke atas keluarga dan harta bendanya. Para ulama menyatakan bahawa isteri, anak dan harta adalah fitnah ke atas lelaki.
Apa yang dimaksudkan fitnah tersebut ialah kerana isteri, anak dan harta jika tidak dijaga dengan sempurna menurut kaedah Islam akan membawa malapetaka atau keburukan kepada lelaki tersebut sama ada di dunia mahupun akhirat.
Oleh itu lelaki mesti memastikan bahawa isteri dan anak-anak mendapat pendidikan agama yang sempurna dan menjalani kehidupan menurut syariat Islam. Jika isteri dan anak-anak melakukan perkara yang salah maka suami atau bapa wajib menegurnya. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan lelaki tersebut akan mendapat dosa di atas dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya.
Begitu juga harta akan menjadi beban kepada seorang lelaki jika harta yang diperolehi tidak dibelanjakan untuk jalan Allah dan digunakan untuk tujuan maksiat. Sumber harta tersebut dperolehi juga mestilah menurut syariat Islam. Harta yang diperolehi secara haram dan subhah akan melahirkan keluarga yang tidak harmoni dan masyarakat yang bermasalah.
Oleh itu seorang lelaki wajib memikul tanggungjawab ke atas isteri, anak-anak dan hartanya agar tidak menjadi penghalang kepada beliau dari memasuki syurga nanti.
No comments:
Post a Comment