Thursday, August 27, 2009

Islam Moderate ..Macam Mana?

Islam moderate.. Macam mana ya??????

Mulanya isu arak di Selangor dan kini juga berkenaan isu arak di Pahang. Bila bab undang-undang dan kuasa pentadbiran syariah ramai yang akan menentang, tetapi bab undang-undang sivil tak pula yang buat bising. Kenapanya

Bila Selangor nak laksanakan undang-undang pentadbiran syariah berkenaan arak ramai yang menentang dan pelbagai pendapat yang negatif dilontarkan dan kini bila hukuman ke atas pesalah arah hendak dilaksana ramai yang panas punggung sedangkan orang kena hukum redha pada hukuman tersebut.

Aku tak faham kenapa mereka ni, khususnya orang politik yang membangkang pelaksanaan undang-undang ini sedangkan di kalangan mereka inilah yang mengubal dan meluluskan undang-undang tersebut. Kenapa ketika digubal dan diluluskan tidak ditentang habis-habisan. Kuasa ada pada mereka. Kalau setakat diluluskan untuk menunjukkan bahawa setiap negeri ada undang-undang syariahnya tetapi takut atau tak nak dikuatkuasakan lebih baik tak payah buang masa dan wang.

Antara suara yang menentang menggunakan alasan bahawa ia mencemar negara kerana kita mengamalkan Islam moderate. Apa makna Islam moderate tu ? Pada mereka Islam moderate adalah mengikut acuan barat, iaitu tiada undang-undang mengawal moral penganut agama dan setiap individu bertanggungjawab atas dirinya sahaja dan orang lain atau masyarakat tiada hak untuk campur tangan dalam urusan harian mereka.

Ikut indicator mereka Islam moderate tidak kisah jika seseorang itu tidak mengikut segala suruhan dan larangan Islam. Contoh Islam moderate membenarkan tidak menutup aurat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mendapatkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan dsbnya.

Sedangkan Islam itu sebenarnya agama moderate - agama pertengahan yang menyuruh umatnya melakukan kebaikan (patuh dan akur kepada suruhan) dan meninggal segala larangan. Contohnya - Islam suruh menutup aurat, tetapi memadai dengan pakaian yang sempurna tanpa mengira harga dan jenis materialnya. Islam suruh beribadat, tetapi jangan sampai meninggalkan mencari kesenangan dunia.

1 comment:

Anonymous said...

Dunia di akhir zaman apabila umat islam ibarat buih buih di lautan..