Monday, June 22, 2009

Mengisi Masa Lapang




Work balance - Istilah dalam pengurusan sumber manusia iaitu memperuntukkan masa untuk bekerja dan bersantai. Dalam waktu lapang penulis antara lain berminat dalam bidang sukan terutamanya bolasepak, hoki dan badminton. Masa lapang juga diisi dengan membaca adalah antara aktiviti utama. Namun selain itu, penulis juga berminatnya memelihara ikan, manakala anak penulis suka memelihara kucing.







Idea ini muncul ketika penulis membuat ubahsuai ruang hadapan rumah. Inginkan sedikit kelainanan serta menggunakan bajet yang terhad penulis memilih untuk membina kolam yang dibina pangkin di atas sebahagian permukaannya.


Di atas pangkin boleh diletakkan kerusi santai sambil melihat ikan di bawah. Antara ikan yang ada adalah jenis koi, ikan lampam, ikan air tawar tempatan dan ikan bandaraya.
Makanannya adalah jenis bijirin dan penggunaan penapis air adalah perlu agar air sentiasa bersih.



No comments: