Monday, June 15, 2009

Jika Arqam diHaram Kenapa Tidak SIS

Isu cadangan pengharaman SIS telah dibawa dalam muktamar PAS ke 55 lalu. Jelas dan terang bahawa perwakilan mahu pihak berwajib seperti Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh SIS dan sekiranya bertentangan dengan ajaran Islam, maka wajarlah diharamkan pertubuhan itu sebagaimana yang dilakukan kepada pertubuhan Al Arqam. Jelas bahawa bukan PAS nak haramkan SIS (sebab ia tidak ada kuasa nak ambil tindakan mengikut undang-undang), cuma mohon Majlis Fatwa Kebangsaan kaji dan ambil tindakan jika menyelewang. Bagi penulis memang menyelewang kerana dalam hukum yang qat'i (jelas dan muktamat) pun mereka nak berhujah lagi dengan dalil akal.

Apa yang jelas SIS memang membawa pandangan yang jelas menyelewang dari ajaran Islam yang sebenarnya sehingga mereka mempertikaikan perkara-perkara yang jelas hukumnya seperti penutupan aurat dan menyelewang dalam soal poligami.

Kenapa SIS mendapat perlindungan daripada pihak berwajib sedangkan tindakan mereka boleh menyesatkan umat Islam.

No comments: