Wednesday, May 27, 2009

Kenderaan Awam dipasang alat had kelajuan

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, penulis mendengar berita di radio bahawa Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menguatkuasakan penggunaan alat mekanikal bagi mengawal kelajuan kenderaan awam, khususnya bas ekspres.
Bagi penulis cadangan tersebut memang wajar dan pihak The Deutsche Gesellschaft für Technische Zusammenarbeit atau GTZ, sebuah organisasi Kerajaan Jerman yang beroperasi di Malaysia telah memasang alat tersebut pada kenderaan pengangkutan mereka.

Penulis masih ingat ketika berkhidmatan di FRIM, di mana GTZ telah menjalankan kerjasama penyelidikan bersama FRIM telah memberikan dua buah kenderaan pacuan empat roda jenama Mercedes 3000 cc untuk operasi penyelidikan. Kenderaan yang tinggi kuasa kuda itu dipasang dengan alat mekanikal untuk menghadkan kelajuan setakad 90 km sejam. Penulis pernah menggunakan perkhidmatan kenderaan tersebut dan memang terbukti ia berjaya menghalang dipandu laju walau pedal minyak ditekan rapat ke lantai

Namun kita tunggu akan pelaksanaannya kerana idea dan alat yang baik belum tentu dapat diterima oleh pengusaha bas ekspres jika $$$$$$$ menjadi keutamaan dari nyawa manusia. Mungkin kerajaan ada kaedah yang sesuai untuk membantu pengusaha dalam memasang alat itu.

No comments: