Tiga pilihanraya kecil melibatkan dua bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta Batang Ai telah terus memanaskan suasana politik Malaysia selepas peristiwa kejatuhan Kerajaan PR di Perak melalui suatu tindakan yang masih samar-samar perhujung kesudahannya. Ia ditambah lagi dengan proses pemilihan untuk jawatankuasa Umno yang dipenuhi oleh aktiviti sogokan dan imbuhan wang yang telah mencemari maruah politik parti tertua negara ini.
Namun semua pilihanraya telah berlalu dan jelas rakyat di utara masih teguh menyokong Pakatan Rakyat dan dalam hal Bukit Gantang ia mengambarkan bahawa tidakan Umno merampas Perak daripada PR tidak disukai oleh majoriti rakyat melalui referendum Bukit Gantang.
Walaupun Umno mendakwa bahawa majoriti orang Melayu masih menyokong mereka tetapi adalah tidak pelik kerana budaya sogokan telah dibawa masuk ke Bukit Gantang apabila pelbagai bentuk bantuan atau imbuhan segera telah diberikan seperti pemberian anak ayam, seguni makanan ayam, basikal dan wang tunai. Melalui budi yang ditabur, maka ramai Melayu yang maruahnay tersungkur. Ugutan kalau tak dijelmakan dalam bentuk undi sokongan, maka bantuan akan ditarik balik, maka tidak ada pilihan selain daripada memberikan undi kepada BN.
Walaupun isu derhaka dan boneka DAP dimainkan disamping isu perkauman lagi, namun kesan kepada perubahan undi Melayu agak kecil, bahkan ia menambah kemarahan orang bukan Islam khususnya Cina dengan memberikan undi yang lebih besar kepada PR (PAS).
Maka Umno hendaklah melihat dari puncak Bukit Gantang bahawa mereka tidak popular di Perak khasnya dan Malaysia amnya. Dalam hal ini, adalah lebih elok diserahkan kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan mana pilihan mereka. Tapi soalnya apakah ada keberanian dalam melakukan tidakan ini pada tubuh badan Umno.
Segala sudah terang ...
No comments:
Post a Comment