Cakap biar terang itulah dialog yang diucapkan oleh P. Ramlee. Dialog ini teman teringat bila terjadi satu peristiwa antara teman dengan anak teman baru-baru ini.
"Abah .. abah Allah tinggal kat Mekah kan". Terkedu teman mendengarnya. "Kenapa abang cakap macam tu", tanya teman kepada anak teman Muhammad Luqman Hakiim, umur 5 tahun lebih belajar di PASTI AL FARABI dekat rumah teman. "Bukanlah" balas teman. "Betullah" Dia cuba nak pertahankan ilmu yang dia "Kan ke Kaabah di Mekah", jawap Luqman.
Dipendekkan cerita bila teman selidik rupanya dia sekolah, Ustazahnya ada mengajar mengenai rukun Islam kelima mengenai haji dan Kaabah. Dia tak mengerti maksud yang diceritakan oleh Ustazahnya bila merujuk kepada "Bailtullah’ iaitu rumah Allah.
Budak-budak dia ingat bila rumah tu tempat tinggal di situlah. Terpaksalah teman terangkan pada dia apa yang dimaksudkan dengan rumah Allah itu adalah simbolik sahaja di mana semua umat Islam di seluruh dunia sembahyang mengadap ke arah kaabah (kiblat) dan berkumpul seluruh dunia untuk menunaikan fardu haji. Itu tanda kesucian Kaabah. Allah itu berada di arasyh dan dia boleh melihat, mendengar, mengetahui segala apa di alam ini. Teman tak pasti dalam umur begini ia faham apa yang teman cakapkan, tetapi ia dapat membetulkan kekeliruan dan kefahamannya.
Jadi moral of the story bila kita beritahu kanak-kanak tentang sesuatu perkara, kita kena jelaskan dengan terang dan jelas maksud yang tersurat dan tersirat.
Mungkin ada di antara kita pernah mengalami keadaan yang sama seperti yang teman alaminya di mana anak-anak akan mengemukakan soalan-soalan yang tidak kita jangkakan. Ya lah pada tahap pra sekolah dan sekolah rendah, banyak pengalaman dan ilmu yang mereka pelajari. Teman rasa di sekolah, penerangan telah diberikan, namun tidak mencapai tahap kepuasan yang diingini oleh anak-anak tadi. Budak-budak memang bersikap terbuka dan jujur.
Kalau nak sesuatu jawapan yang jujur tanyalah kanak-kanak. Isteri teman dan anak perempuan teman selalu kecil hati dengan anak lelaki ini sebab very straight forward (macam teman juga). Bila dia makan kalau sedap dia kan puji dan akan menzahirkan kesedapan itu dengan perkataan dan perbuataannya. Maksudnya dia akan puji bahawa masakan ibunya sedap dan akan makan dengan selera sekali. Tetapi kalau tidak menepati seleranya tunggulah reaksinya. Tapi teman selalu ingatkan dia bahawa jangan buat begitu sebab nanti Allah tarik balik rezeki yang diberikan. Kita kena bersyukur dengan apa yang ada.
Namun itu tanda yang positif bahawa anak-anak bersikap proaktif dan melihat sesuatu perkara itu melangkaui tahap pemikiran orang dewasa yang sering tidak terfikirkan perkara-perkara tersebut. Dalam usia begini mereka diasak dengan banyak pelajaran – bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pengajian Al Quran, Matematik, Sains dll. Bila malam mengaji Al Quran lagi. Alhamdulillah semuanya baik, mungkin dalam usia begini otak mereka mampu menerima segala macam benda yang disogokkan kepada minda mereka. Cuma teman khuatir saluran 24 (ceria) tu dah jadi favourite dia.
No comments:
Post a Comment