Tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah hari kebangsaan bagi Malaysia dan pada tahun ini ia adalah sambutan yang ke 59 tahun. Masih mengekalkan tema tahun 2015 iaitu "Sehati Sejiwa".
Perarakan sambutan hari Kebangsaan pada tahun ini diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
This webblog (blog) is contains write-up covers various topics and stories ranging from religious, economy, politics, literature and other human interest topics.
Tuesday, August 30, 2016
Friday, July 15, 2016
MARI BELAJAR BAHASA BANJAR
Mari belajar bahasa banjar. Di bawah ini adalah nama-nama binatang di dalam bahasa banjar
Ini pula barangan kegunaan harian dalam bahasa banjar
Manakala yang ini pula sayur-sayuran dalam bahasa banjar
Wednesday, July 13, 2016
Tuesday, July 12, 2016
Thursday, June 30, 2016
BREXIT WILL NOT AFFECT UK-BOUND MALAYSIAN TOURISTS - MATTA
Britain's exit from the European Union (EU) will not affect Malaysian tourist
arrivals to the country as it is an established tourism destination preferred
by many.
Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) president Datuk
Hamzah Rahmat said the tourism industry was a very resilient industry and not
easily be affected by external factors like Brexit.
He pointed out that the current low value of the pound would not only
benefit Malaysian tourists and students in the United Kingdom (UK) but also
attract an influx of international visitors to the country.
"London is a top preferred destination for Malaysian tourists. Even in terms
of visa, we will not be affected as Malaysia is part of the Commonwealth country
and no visa is required to the EU countries, too," he told reporters at a press
conference on the National MATTA fair here today.
The UK is expected to leave the EU after a referendum showed 51.7 per cent
of its people voted for the country to exit the bloc.
The national Matta Fair, from Sept 2 to 4, is a premier travel fair
providing global exposure and business opportunities for travel agencies.
There will be 1,246 booths available, with an expected turnout of more than
113,000 visitors.
-- BERNAMA
This article was published by Bernama on Wednesday, June 29 2016

Wednesday, June 29, 2016
Alibaba likely to surpass Walmart as world’s top retailer
Chinese e-commerce giant Alibaba
is expected to surpass US multinational firm, WalMart soon as the world’s
largest retail platform with its total trading volume this fiscal year set to
exceed US$463.3 billion, Press Trust of India ( PTI )
reported, citing an official media.
An official announcement by
Alibaba Group Holding Ltd is expected to be made at the end of this fiscal year
on March 31.
WalMart Stores Inc posted net
sales of US$478.6 billion for its fiscal year ending Jan 31, while the latest
trading volume figure for Alibaba amounted to three trillion yuan (US$463.3
billion), the company said yesterday.
It is equivalent to China’s
Sichuan province's gross domestic product (GDP) last year, when the province’s
GDP ranked sixth on the Chinese mainland, state-run China Daily reported
today.
Zhang Yong, the company’s chief
executive officer, said in Hangzhou that the figure was recorded on the
company's business-to-customer platform Tmall, consumer-to-consumer platforms
Taobao and Rural Taobao, and group-buying site Juhuasuan.
Zhang said he expected the
company to achieve an annual trading volume of six trillion yuan by 2020 (about
US$980 billion) and that “in 2024, we wanted to be a business platform serving
two billion consumers and tens of millions of enterprises at home and abroad”.
According to Zhang, the company
will strive to combine cloud computing and big data technologies with the internet
and the Internet of Things, as well as consumer terminal equipment, to spur its
development.
The Internet of Things is the
network of physical objects - devices, vehicles, buildings and other items -
embedded with electronics, software, sensors and network connectivity that
enables these objects to collect and exchange data.
Citing the National Bureau of
Statistics and McKinsey & Co figures, Gao Hongbing, director of
AliResearch, said that of Alibaba's 3 trillion yuan in total trading volume,
about 660 billion to 1.17 trillion yuan is newly increased consumption.
“Online shopping has been an
important engine to promote consumption, which meets the nation's strategy of
promoting domestic demand,” Gao said.
Last year, Chinese consumers’
willingness to spend reached the highest level since 2012, despite the economic
slowdown, according to a study published in February by The Nielsen Company.
“This is a result of China’s
commitment to shifting from an investment-driven to a consumption-driven
economy,” said Kiki Fan, managing director of Nielsen China,China Daily reported.
“Booming online shopping provides
more variety and convenience to customers, thus fuelling their spending
desire,” the daily quoted Fan as saying.
Despite its economic growth
falling below 7 percent for the first time since 2009, China surpassed the US
last year to become the largest e-commerce market in the world, according to
statistics from multinational consultancy Forrester Research Inc.
The Chinese government has fixed
6.5 percent to seven percent GDP target for this year.
- Bernama
Thursday, June 23, 2016
APA ITU DIFTERIA
Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria
Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar elalui titisan cecair pernafasan.
Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang
menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan
pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah,
melumpuhkan saraf dan enyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang
menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi,
iaitu antara 25 ke 50%.
Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.
Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.
Dipetik daripada blog Ketua Pengarah Kesihatan

ICELAND TERUSKAN KECEMERLANGAN
Perlawanan peringkat kumpulan UEFA EURO Championship 2016 atau lebih dikenali sebagai EURO2016 telah tamat dan kejutan dicipta apabila empat pasukan yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan ini berjaya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik iaitu Iceland, Ireland Utara, Slovakia dan Wales.
Kejayaan Iceland yang berkedudukan rangking dunia ditangga 31 dan negara yang hanya mempunyai seramai 329,000 penduduk adalah suatu yang membanggakan di mana mereka layak sebagai naib juara kumpulan F di belakang Hungary mengumpul lima mata setelah menang sekali dan seri dua kali.
Lawan Iceland pada perlawanan pusingan kalah mati nanti adalah England.
Antara nama besar bolasepak Iceland adalah Eidur Gudjohnsen yang pernah bermain dengan Chelsea dan pemain yang masih bermaian di liga Inggeris adalah Gylfi Sigurdsson (Swansea, Johann Berg Gudmundsson (Charton) dan Aron Gunnarsson (Cardiff).

Thursday, June 16, 2016
KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 1437H
Zakat fitrah adalah zakat diri yang difardukan ke atas seluruh umat Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat tertentu.
Kefarduan melaksanakan ibadah zakat fitrah adalah terletak di atas tanggungjawab seorang individu kebiasaanya ketua keluarga iaitu bagi dirinya, keluarga dan tanggungannya berdasarkan syarat-syarat berikut.
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
Menurut laporan BERNAMA kadar zakat fitrah dikekalkan di semua negeri, iaitu antara RM6.50 hingga RM8.00. Kadar RM7.00 seorang hampir di kesemua negeri kecuali Negeri Sembilan dengan kadar RM6.50 seorang dan Melaka RM6.70, manakala bagi Negeri Johor kadarnya antara RM6.00 dan RM8.00 seorang bergantung kepada gred beras yang dimakan oleh individu pembayar zakat fitrah.

Wednesday, June 15, 2016
SURAT BERANTAI DAH BERTUKAR KEPADA WHATSAPP BERANTAI
Kalau dulu di zaman sebelum wujudnya teknologi maklumat (IT), gejala surat berantai yang menjadi masalah kepada masyarakat Islam dihantar melalui pos. Selepas itu para pencinta surat berantai menghantarnya melalui emel dan sms sejajar dengan perkembangan IT.
Kini apabila berlaku kemajuan di dalam bidang IT, mereka turut mengambail manfaat tersebut dengan menghantarnya pula melalui Whatsapp.
Terdapat sebahagian bahan yang dihantar mengandungi nasihat agama dengan dibawakan dalil dan ayat-ayat Al Quran. Tidak kurang juga di bawa cerita-cerita mengenai kejayaan individu-individu sebagai motivasi kepada orang lain supaya turut berjaya seperti individu tersebut.
Namun dipenghujung karangan tersebut telah meminta para penerima untuk menyebarkan pula kepada individu-individu lain dalam jumlah yang ditetapkan sama ada 10 orang, 40 orang dan sebagainya. Kemudian dibawakan cerita bahawa terdapat individu yang mendapat kebaikan dan manfaat selepas beberapa hari mereka menghantar atau panjangkan mesej atau bahan tersebut kepada individu lain.
Selepas itu dibawakan pula cerita mengenai musibah yang melanda individu-individu yang tertentu kerana mengabaikan mesej/bahan yang diterima.
Mempercayai sesuatu kebaikan/manfaat atau kecelakaan akibat daripada tindakan-tindakan yang berkaitan dengan perkara di atas adalah perbuatan syirik kerana tiada kuasa kepada mana-mana makluk untuk mendatangkan kebaikan/kecelakaan kepada manusia melainkan Allah dan dalam Islam tiada ajaran yang menyatakannya sedemikian.
Tuesday, June 14, 2016
UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Dalam melakukan sesuatu kita hendaklah menilai akan kemampuan, keupayaan dan kelayakan diri sebelum meneruskan hajat tersebut. Di dalam bahasa Inggeris situasi ini dipanggil " Cut Your Coat According to Your Cloth".
Peribahasa ini boleh merujuk kepada keinginan seseorang untuk mendapatkan sesuatu sedangkan kemampuan kewangannya terbatas, di mana jika badan kecil, maka pakailah baju yang kecil. Bukan sahaja dari segi saiznya, ia juga merujuk kepada jenama dan jenis material baju tersebut. Jika tidak mampu janganlah berbelanja sehingga berhutang dan akhirnya tidak mampu dibayar.
Pada tahun 2014 seramai 22,351 rakyat Malaysia telah muflis dan 6,802 atau 30.4 % adalah kerana gagal membayar balik pinjaman membeli kenderaan, 4,906 (21.9 %) pula pinjaman peribadi dan 3,880 (17.6%) orang menjadi muflis kerana gagal membayar pinjaman perumahan.
Pada tahun yang sama juga seramai 1,827(8.2 %) menjadi muflis kerana tidak mampu menjelaskan bayaran kad kredit.
Apa yang membimbangkan terdapat mereka muflis itu berumur 25 tahun dan kebawah, iaitu seramai 635 (2.8%) orang pada tahun 2014.
Apabila seseorang menjadi muflis banyak halangan dalam urusan kewangan di mana harta mereka akan diletakkan di bawah Jabatan Insovensi Malaysia (JIM). Mereka juga tidak boleh ke luar negara tanpa kebenaran JIM. Segala-galanya mesti mendapatkan kebenaran JIM.

Friday, June 10, 2016
EURO2016 MENAMPILKAN PENYERTAAN PERTAMA BAGI LIMA NEGARA
UEFA EURO Championship 2016 atau lebih dikenali sebagai EURO2016 akan menampilkan lima negara yang pertama kali layak ke peringkat pusingan akhir iaitu Albania, Iceland, Ireland Utara, Slovakia dan Wales dan penyertaan kedua bagi Austria dan Ukraine, manakala Belanda adalah pasukan negara yang bertaraf bintang yang gagal layak ke pusingan akhir edisi yang ke 15 ini.
Edisi kali ini yang bermula pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016, menampilkan perlawanan pertama antara tuan rumah Perancis melawan Romania yang diundi dalam kumpulan C bersama pasukan Albania dan Switzerland, manakala juara edisi 13 (2008) dan 14 (2012), Sepanyol diundi dalam kumpulan F bersama dengan Crotia, Turki dan Republik Czech.
Dari segi kejuaraan pula, Jerman (1972, 1980 dan 1996) dan Sepanyol (1964, 2008 dan 2012 telah menjuarainya sebanyak tiga kali, manakala tuan rumah edisi ini pula menjuarainya sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1984 dan 2000. Bagi pasukan Sepanyol mereka cuba untuk mencipta rekod sebagai pasukan pertama yang menjuarai UEFA EURO Championship kali ketiga berturut-turut setelah berjaya menjadi juara dua edisi berturut-turut, iaitu pada edisi 13 dan 14.
Pada edisi antara pasukan yang menjadi pencabar utama selain tuan rumah Perancis adalah England, Jerman, Portugal, Sepanyol, Belgium dan Itali.
Bagi peminat bolasepak di Malaysia, Astro melalui saluran 841 dan 842 HD akan menyiarkan kesemua perlawanan tersebut secara langsung dan berdasarkan jadual perlawanan mengikut waktu Malaysia ada perlawanan yang berlangsung pada pukul 9.00 malam, 12 malam dan 3 pagi.

Tuesday, May 31, 2016
KISAH IMAM DAN CALON MENANTU
Kisah ini diceritakan oleh seorang Ustaz dalam tazkirah Jumaat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Cawangan Jln Semarak (Jalan Sultan Yahya Petra), Kuala Lumpur pada bulan April lepas.
Ia mengisahkan seorang imam mempunyai tiga orang anak gadis yang cantik yang menjadi idaman ramai pemuda di kampungnya. Imam itu tidak meletakkan kriteria untuk calon-calon menantunya cuma beliau inginkan calon menantu yang menghafal Al Quran.
Walaupun syaratnya begitu ini tidak menjadi halangan untuk tiga pemuda bagi mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada imam tersebut.
Pemuda pertama telah pergi ke rumah imam tersebut dan menyatakan hasratnya untuk memperisterikan anak sulung imam. Lalu imam bertanya bolehkan kamu membaca Al Quran. Pemuda tersebut menjawab "boleh tuan imam". Imam bertanya kepada pemuda tersebut siapa nama kamu. Pemuda menjawab "nama saya Asri". "Oleh sebab nama kamu Asri maka sila baca surah Al Ashr. Lalu pemuda tersebut pun membaca surat tersebut hingga habis dengan lancar. Maka diterimalah pemuda tersebut untuk menjadi menantunya.
Kemudian datang pula pemuda kedua ke rumah imam. Seperti pemuda pertama ujiannya sama dan Iman tanya "Siapa nama kamu". "Anas" jawab pemuda tersebut. Kalau macam tu sila baca Surah An Naas. Lalu dibacalah dengan lancar surah An Naas dan pemuda tersebut juga diterima menjadi menantu dengan anak kedua imam tersebut.
Dalam perjalanan pulang kedua-dua pemuda tadi, mereka terserempak dengan kawan mereka iaitu pemuda ketiga yang bergerak dalam arah yang bertentangan. Kedua pemuda tersebut bertanya kepada kawan mereka hendak pergi ke mana. Lalu pemuda ketika tersebut berkata "Aku nak ke rumah imam kerana ingin menyatakan hasrat menjadi menantunya". Kedua-dua pemuda tadi beritahu bahawa mereka berdua baru balik dari rumah imam dan telah diterima untuk menjadi menantu kepada imam tersebut.
Kedua-dua pemuda tadi beritahu kepada pemuda ketiga bahawa mereka berdua diminta untuk membacakan surah secara hafalan dan ia kedua-duanya berdasarkan nama mereka. Mendengarnya pemuda ketiga menjadi terkedu. Apa tidaknya namanya Yassin. Kalau imam suruh baca Yassin secara hafal memang gagallah.
Namun pemuda ketiga teruskan hajatnya dan sampai ke rumah terus menyatakan tujuannya. Imam menyatakan bahawa dua anaknya telahpun dipersetujui untuk berkahwin dan hanya tinggal seorang lagi. Seperti mana kedua-dua pemuda tadi, maka imam bertanya kepada pemuda ketiga siapa nama kamu. Lalu pemuda ketiga menjawab "Nama saya Yassin, tapi orang kampung panggil saya Ikhlas." "Ooo Ikhlas ya". Ok cuba baca surah Al Ikhlas. Dengan lancar pemuda ketiga atau Yassin aka Ikhlas membaca surah tersebut.
Dipendekkan cerita, maka pemuda ketiga tersebut juga diterima untuk menjadi menantu kepada imam tersebut.

Monday, May 30, 2016
JANGKITAN MELALUI HUBUNGAN SEKS PUNCA TERTINGGI DIJANGKITI HIV
Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa hubungan seks (tidak selamat) adalah punca utama kepada jangkitan HIV di Malaysia, Malay Mail Isnin melaporkan.
Mengikut perangkaan, seramai 3,330 jangkitan baru direkodkan pada tahun 2015, di mana sebanyak 2,601 adalah melalui hubungan seks dan mengikut pecahan 1,398 melalui pasangan heteroseksual, manakala 1,203 lagi melalui pasangan homeseksual dan biseksual.
Punca oleh suntikan dadah pula adalah sebanyak 561 kes, 19 kes jangkitan melalui ibu kepada anak dan 149 kes lagi tidak kenalpasti puncanya.
Dari segi peratusan kes jangkitan HIV melalui hubungan seks mewakili 78.1 % daripada keseluruhan kes. Keadaan ini sungguh membimbangkan khasnya banyak kes melibat hubungam MSM (men who have sex with men).
Majlis AIDS Malaysia telah merancang program bagi menangani masalah ini, khasnya yang melibatkan hubungan terlarang (sesama jenis), transeksual dan pekerja-pekerja seks.
Apa yang penting bagi umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran Islam bahawa Islam melarang penzinaan dan pelakuan seks sesama jenis, dan menghalalkan perkahwinan.

Friday, May 27, 2016
MENJADI PENJAMIN SOSIAL ANTARA SEBAB JADI BANKRAP
Anda seharusnya bersikap tegas dan mengelak daripada menjadi penjamin kepada aktiviti pinjaman jika anda pasti bahawa orang yang ingin membuat pinjaman tidak mempunyai kemampuan untuk membayar atau mempunyai tabiat untuk tidak membayar pinjaman.
Biar anda bergaduh dan bermasam muka sekarang daripada anda mendapat masalah yang akan menyusahkan kehidupan anda dikemudian hari.
Jabatan Insovansi Malaysia melaporkan bahawa antara tahun 2007 hingga Jun 2013, seramai 6,898 orang penjamin sosial telah menjadi bankrap kerana kegagalan peminjam membayar pinjaman yang dibuat atas urusan bukan perniagaan.
Penjamin sosial adalah merujuk kepada individu yang menjadi penjamin kepada peminjam yang bukan bertujuan komersil seperti pinjaman pendidikan, kenderaan, perumahan, peribadi dan sebagainya. Mereka ini biasanya dikalangan saudara mara dan rakan karib kepada peminjam.
Bagi tahun 2014 sahaja, seramai 1,444 orang penjamin sosial telah menjadi bankrap dan berkedudukan keenam dalam senarai punca menjadi bankrap di Malaysia.Ia mewakili 6.46 % individu bankrap yang secara keseluruhannya berjumlah 22,351 orang.
Namun bagi memastikan bahawa penjamin tidak dibebankan dengan hutang berkenaan, kerajaan telah meminda Akta Kebangrapan 1967 (Akta 360). Pindaan ini bertujuan menutup kelemahan yang wujud pada akta sedia ada yang memberikan ruang kepada pemiutang untuk lebih memberikan tumpuan kepada penjamin daripada peminjam.

Tuesday, May 24, 2016
LAGI PEMAIN BOLA SEPAK MENINGGAL KETIKA PERMAINAN
Seminggu yang lalu dunia sukan bolasepak dikejutkan dengan kematian pemain bolasepak Cameroon Patrick Ekeng ketika bermain mewakili pasukan Dinamo Bucharest. Kematiannya disahkan oleh doktor akibat masalah jantung.
Namun dunia bolasepak dikejutkan lagi semalam apabila seorang pemain bolasepak di liga Argentina Michael Favre, 24 yang bermain untuk kelab San Jorge de Villa Elisa dalam wilayah Entre Rios.
The Sun melaporkan, insiden berlaku ketika pergelutan merebut bola dalam perlawanan menentang Defensores de Colon di mana Favre terjatuh di padang apabila merebut bola dengan pemain lawan - Geronimo Quintana yang secara tidak sengaja terhentak lututnya di kepala Favre.
Kedua-dua pemain berguling di atas padang sebelum bangun dan berlaku pertengkaran antara kedua-duanya.
Rakan Favre, Favio Larrosa kemudian berlari ke arahnya untuk meleraikan kedua-dua pemain tersebut, tetapi secara tidak sengaja telah menolak Favre jatuh ke padang.
Pertikaian pemaian terus berjalan dengan panas, tanpa menyedari bahawa Favre sedang begelut untuk bangun dan selepas itu terus tidak sedarkan diri di atas padang.
Beliau dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia selepas itu. Punca sebenar masih dalam siasatan pihak hospital.
Sumber berita: The Sun UK

Monday, May 23, 2016
LIGA UTAMA EROPAH MELABUHKAN TIRAI
Kejohanan bolasepak di liga-liga utama Eropah telah berakhir semalam di mana Manchester United menjurai Piala FA Inggeris ( FA Cup) sebagai penawar apabila gagal layak ke UEFA Champions League pada musim depan setelah hanya menduduki tempat ke lima liga .
Bagi Paris St Gemain (PSG) kemenangan semalam menewaskan Marseille 4-2 dalam Coupe de France adalah pelengkap kepada kejuaraan liga Perancis 2015/16 yang telah mereka menangi sebelum ini dengan dua gol sumbangan daripada Zlatan Ibrahimovic yang akan meninggalkan PSG pada musim depan.
Kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace memberikan sedikit keceriaan kepada pasukanManchester United yang akan mendapat jurulatih baru musim depan
Di Liga Italia, juara liga Itali 2015/16 melengkapkan zaman kegemilangan mereka apabila menewaskan AC Milan 1-0 dalam perlawanan akhir Coppa Italia. Gol kemenangan adalah sumbangan daripada pemain yang dipinjamkan daripada Real Madrid Alvaro Morata yang kini menjadi buruan kelab-kelab utama di Eropah termasuklah Arsenal, Chelsea dan PSG.
Kejuaraan berganda juga milik kelab Barcelona di liga Sepanyol (La Liga) dan Bayern Munich di liga Jerman atau Bundesliga. Barcelona terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Sevilla dalam perlawanan akhir Copa Del Ray di mana perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam waktu permainan biasa. Namun Barca lebih bernasib baik apabila berjaya menjaringkan gol dalam setiap separuh masa dalam masa tambahan melalui Jordi Alba dan Neymar. Perlawanan tersebut menyaksikan Barca bermain sepuluh orang setelah Masherano dibuang padang pada minit ke 36, manakla Sevilla turut kehilangan pemain apabila Banega turut dilayangkan kad merah pada masa tambahan separuh masa kedua waktu permainan biasa dan seorang lagi pemain, Danial Carrico pada minit-minit akhir masa tambahan.
Di German pula, Bayern Munich memberikan piala kemenangan German Cup kepada jurulatih mereka Pep Guardiola yang akan berpindah ke Manchester City pada musim depan. Perlawanan hebat yang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti apabila waktu perlawanan biasa dan masa tambahan gagal memecah kebuntuan apabila terikat 0-0. Namun Bayern lebih bernasib baik untuk menang 4-3 melalui sepakan penalti.

Thursday, May 19, 2016
KELAB SEPANYOL TERUS KUASAI BOLASEPAK EROPAH TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT
Penguasaan kelab-kelab bolasepak Sepanyol di dalam kejohanan peringkat Eropah diteruskan apabila Sevilla menjuarai kejohanan liga Eropah untuk musim 2015/16 setelah menewaskan Liverpool daripada England 3-1, di Basel Switzerland semalam.
Pada final kejohanan UEFA Champions Leagues yang akan diadakan pada 28 Mei ini akan menemukan "all spanish club", iaitu Real Madrid melawan Atletico Madrid di San Siro Stadium, Milan Itali. Pada kejohanan tahun lepas pasukan dari Sepanyol iaitu Barcelona menjuarainya, apabila menewaskan Juventus daripada Itali. Ia adalah kesempatan bagi Atletico Madrid untuk membalas kekalahan dalam perlawanan akhir yang sama pada musim 2013/14 di tangan Real Madrid
Kejuaraan yang dikecapti pada perlawanan akhir semalam adalah Ini merupakan kejuaraan ketiga berturut-turut Sevilla yang memenanginya pada musim sejak musim 2013/14 dan 2014/15,

Tuesday, May 17, 2016
Thursday, May 05, 2016
AKTIVITI PENANAMAN PADI DI KERIAN TERJEJAS AKIBAT EL NINO
Lebih 3,000 pesawah di Bagan Serai dan Parit Buntar terjejas berikutan padi berisiko tinggi tidak dapat mengeluarkan hasil susulan bekalan air dari Empangan Bukit Merah dihentikan, Bernama melaporkan.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali berkata keadaan itu menyebabkan 3,175 pesawah terbabit bakal mengalami kerugian RM39.9 juta dan berharap kerajaan dapat memberikan pampasan.
Beliau berkata nilai kerugian itu berdasarkan kepada pengiraan jumlah kos permulaan menanam padi yang ditanggung pesawah bagi setiap hektar dan bantuan pembiayaan 50 peratus daripada anggaran hasil padi mereka sebelum ini.
"Daripada keseluruhan 8,097 pesawah di daerah Kerian, sejumlah 3,175 pesawah di kawasan Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar dikenal pasti terjejas apabila sawah padi yang diusahakan mereka berisiko tinggi tidak dapat mengeluarkan hasil berikutan bekalan air dari Empangan Bukit Merah dihentikan.
"Sebanyak 8,097 hektar sawah padi dikenal pasti terjejas daripada keseluruhan 21,108 hektar sawah padi di daerah Kerian dengan nilai pengeluaran padi terjejas RM56.4 juta," katanya.
Noor Azmi yang juga Anggota Parlimen Bagan Serai berkata demikian kepada pemberita pada majlis apresiasi rakyat bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah seluruh Parlimen Bagan Serai di sini, malam tadi.
"Sawah padi yang sudah ditanam berhadapan risiko tinggi tidak menjadi (mengeluarkan hasil), sekiranya bekalan air tidak mencukupi terutama usia padi mencecah 40 hari. "Selain itu, ancaman rumpai dan cuaca panas turut meningkatkan risiko tanaman padi terjejas," katanya.
Beliau berharap pampasan dapat disalurkan kepada pesawah dengan kadar segera, lebih-lebih lagi bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.
Selain itu, beliau berkata kerajaan pusat juga perlu mengambil perhatian terhadap impak ditanggung pengusaha pelancongan resort, Pulau Orang Utan dan pengusaha ikan arowana yang turut terjejas di kawasan Empangan Bukit Merah.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan perlu memperhalusi kesan kewangan dan aspek perundangan sebelum mengisytiharkan kawasan empangan yang kritikal akibat fenomena El-Nino termasuk Empangan Bukit Merah.
Beliau berkata kerajaan prihatin terhadap masalah dibangkitkan kerajaan Perak yang mahukan penyelesaian segera, namun permintaan itu harus diteliti melalui beberapa kaedah.
-- BERNAMA
Thursday, March 31, 2016
JIKA ITU TAKDIR MU, TERIMA SAJA
Sebenarnya aku bukanlah murid
yang bijak sangat. Belajarpun di sekolah harian sahaja dan result SPM pun cukup
makan, namun ia melayakkan aku untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik dalam
jurusan kejuruteraan parit dan tali air. Namun pada masa tersebut, aku sebagai
anak orang kampung tak mahu menyusahkan keluarga aku dengan bebanan tersebut.
Jadi aku diamkan sahaja tawaran tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga
yang lain. Aku nekad untuk masuk tingkatan enam sahaja. Mungkin sebab aku anak
orang bendang mereka tawar aku kursus dalam kejuruteraan parit dan tali air
sedangkan kawan aku Sahril Abdullah dan Shamsul Akmar Idris dalam bidang
kejuruteraan elektronik. Sekarang ni mereka berdua adalah jurutera di Samsung,
Seremban.
Ringkas cerita dalam STPM aku
dapat result yang baik dan melayakkan aku masuk universiti. Aku juga dapat anugerah
pelajar terbaik bagi matapelajaran pengajian Am. Aku ambil kursus antropologi
dan sosiologi di UM dan ia sangat asing pada awalnya pada aku. Pada masa itu di
UM tempoh belajar hanya tiga tahun dan kena study sungguh untuk dapat ijazah
kepujian. Alhamdulillah aku Berjaya mengenggam segulung ijazah.
Selepas dapat ijazah, lepak2 di
UM dan buat proposal untuk sambung ke peringkat sarjana. Selepas berbincang
pada masa itu dengan Prof Madya Dr Mohd Nor Nawawi (dalam bidang teologi) dan
Prof. Dr Mohd Bakar (dlm bidang artificial intellenge) aku submit proposal
untuk master dan Alhamdulillah permohonan untuk sambung belajar diterima oleh
senat UM sebagai calon sepenuh masa.
Namun dalam masa buat proposal
untuk master, aku telah diterima bekerja di FRIM sebagai pegawai projek untuk
International Tropical Timber Organisation (ITTO). Kerja terpaksa diteruskan
untuk menyara hidup dan mohon tangguhkan penggajian master selama satu
semester. Namun selepas satu semester, modal masih belum cukup untuk sambung
belajar dan mohon untuk jadi calon separuh masa, namun tidak diluluskan kerana
pada masa tersebut calon separuh masa hanya untuk tutor yang berkhidmat di
universiti. Jadi terpaksalah ditolak tawaran tersebut, maka teruslah aku
bekerja di FRIM sehingga tahun 1996, dan selepas itu aku pindah bekerja di
Bernama. Selepas bekeluarga dan kedudukan ekonomi dah stabil maka cita-cita
untuk melanjutkan pelajaran diteruskan dan pada 2009 aku dah dapat tamat
belajar di peringkat sarjana di Universiti Islam Malaysia.
Jadi dalam hal ini, ada beberapa
keadaan yang aku nak kongsikan bersama mengapa aku tidak menyesal dengan
keputusan yang aku buat. Bila aku ceritakan kepada isteri dan anak-anak aku
mereka kata kalau abah terima masuk politeknik abah dah jadi engineer sekarang
ni.
Jawapan aku bahawa kalau aku
terima masuk politeknik dan jadi engineer, aturan hidup aku tak macam hari ini.
Begitu juga kalau aku terima sambung belajar di peringkat master pada masa itu,
maka keadaan akan berbeza berbanding hari ini.
Ini kerana kalau aku jadi
engineer aku mungkin tak kerja di FRIM. Begitu juga kalau aku sambung belajar,
maka aku kena berhenti bekerja di FRIM. Tapi itulah takdirnya, kerana diaturkan
begitu, maka di FRIM aku bertemu dengan seorang gadis yang ketika itu bekerja
secara sambilan menunggu keputusan SPM yang kini menjadi isteri aku. Kini aku
masih di sini dan terus meniti takdir dan waktu.
Tuesday, March 29, 2016
GANGGUAN DALAM MELAKUKAN IBADAT
Artikel di bawah adalah petikan daripada ceramah yang disampaikan oleh PU Ustaz Johani Ibrahim di dalam kuliah maghrib yang beliau sampaikan pada 8 Jun 2014 di masjid Bandar Tasik Puteri.
Di dalam melakukan amalan soleh terdapat beberapa gangguan yang sering dihadapi oleh umat Islam. Dalam tulisan ini dibawakan empat jenis gangguan yang iaitu gangguan dunia, gangguan daripada manusia, gangguan syaitan dan gangguan hawa nafsu.
1. Gangguan dunia. Ia melibatkan kesibukan kerja, penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan yang tidak seimbang, tumpuan berlebihan kepada hobi sehingga melalaikan dan leka untuk melakukan amal soleh. Antara cara mengatasinya ialah dengan membaca " Hasbunallah wanikmal wakil ...."
2. Gangguan manusia. Ia boleh jadi isteri, suami, anak-anak dan kawan-kawan. Contoh kita nak pergi kuliah, tetapi anak-anak ajak pergi makan di luar. Nak pergi berjemaah di masjid tetapi isteri minta belikan gas yang habis di kedai. Untuk mengurangkan gangguan manusia baca surah An Nas.
3. Gangguan syaitan. Itu adalah hakikat kewujudannya iaitu mengganggu manusia dalam melakukan aml soleh. Namun syaitan merujuk kepada sifat atau perlakuan yang wujud dalam makhluk sama ada iblis, jin dan juga manusia. Baca Auzubillah ...
4. Gangguan hawa nafsu. Dalam diri manusia terdapat dua benda iaitu iman dan hawa nafsu. Hawa nafsu cenderung untuk melakukan perkara yang laro, perkara-perkara yang seronok dan melalaikan dan tidak suka kepada perkara kebaikan dan amal soleh. Hawa nafsu boleh ditundukkan dengan memperbanyakkan zikir dan mebajai hati dengan mendengar nasihat-nasihat agama. Untuk menjinakkan hawa nafsu kita digalakkan membaca surah Al Insyrah.

Monday, March 14, 2016
AKTA PENGURUSAN STRATA YANG BARU PERUNTUKAN HUKUMAN KE ATAS PEMILIK KONDO DAN APARTMEN
Pemilik kondominium
dan apartment akan dikenakan tindakan jika mereka gagal untuk membayar yuran
penyelenggaraan dan bayaran-bayaran berkaitan apabila kerajaan menguatkuasan
Akta Pengurusan Strata yang baru dalam masa yang terdekat ini seperti yang
dilaporkan oleh akhbar The Star.
Di bawah Akta
Pengurusan Strata yang baru, pemilik kediaman kondominium dan apartment yang
gagal membayar yuran penyelengaraan dan bayaran-bayaran lain akan dikenakan
denda sehingga RM5,000 dan penjara tiga tahun.
Sepasukan sembilan ahli
pengguatkuasa akan dibentuk untuk memastikan pelaksanaan secara meluas
diseluruh negara dengan melibatkan bantuan kerajaan negara dan pesuruhjaya
bangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan.
“Pasukan ini akan
memfokus kepada 34 kesalahan yang tersenarai di bawah Akta ini, termasuklah kegagalan
membuat bayaran penyelenggaraan,” kata Mohammad Ridzwan Abididn, Setiausaha, Bahagian Perkhidmatan Bandar,
Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau berkata pasukan
tersebut terdiri daripada pegawai dan pakar daripada agensi pengguatkuasaan
undang.
Friday, February 05, 2016
WADAI KIPENG MAKANAN TRADISI ORANG BANJAR
Orang Banjar adalah pecahan bangsa Melayu yang mendiami Semenanjung Malaysia terutamanya di Perak, iaitu di kawasan Sungai Manik, Bagan Serai dan Parit Buntar, manakala di Selangor di kawasan Sekincan dan Tanjong Karang selain di beberapa kawasan di Johor.
Wadai kipeng adalah makanan tradisi orang Banjar yang masih wujud di dalam masyarakat moden hari ini. Ia biasanya disediakan dalam majlis-majlis kenduri kesyukuran dan perkahwinan.
Gambar menunjukkan gotong royong membuat wadai kipeng.
Bawah menunjukkan aktiviti memasak wadai kipeng.
Wadai kipeng yang sudah dimasak dan sedia untuk dihidangkan.

Thursday, February 04, 2016
LIGA MALAYSIA 2016 BERMULA PADA 13 FEBRUARI 2016
Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara juara liga super 2015 Johor Darul Takzim (JDT 1) dan juara piala Malaysia 2015, Selangor pada 13 Februari 2016 di Stadium Larkin, Johor Baharu akan menjadi pembuka tirai perlawanan liga Malaysia 2016 yang melibatkan 12 pasukan dalam liga super dan 12 pasukan dalam liga premier.
Pasukan Liga Super
- Kelantan FA
- Pahang FA
- Selangor FA
- Johor Darul Ta'zim FC
- Perak FA
- Terengganu FA
- Felda United FC
- Kedah FA
- Penang FA
- Sarawak FA
- PDRM FA
- T-Team F.C.
Perlawanan-perlawanan yang melibatkan sepuluh pasukan lain dalam liga super akan turut berlangsung pada tarikh berkenaan di lima stadium.
Musim ini menyaksikan semula kemunculan Kedah dan Pulau Pinang serta T-Team di dalam liga super. Kedah dan Pulau Pinang naik ke Liga Premier selaku juara dan naib juara liga premier, manakala pasukan T-Team menewaskan ATM dalam perlawanan play-off untuk naik ke liga super bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggal oleh pasukan LION XII yang tidak mengambil bahagian pada tahun ini, manakala ATM diringi oleh pasukan KL Sime Darby turun ke liga premier.
Pasukan KL S.P.A Putrajaya pula turun ke liga FAM untuk tahun 2016 ini dan tempatnya diisi oleh Pasukan Melaka United dan Perlis selaku juara dan naib juara piala FAM pada tahun 2015.Pasukan Liga Premier
- DRB Hicom FC
- Johor Darul Ta'zim II FC
- Melaka United SA 2
- Kuantan FA
- Perlis FA 2
- Negeri Sembilan FA
- PKNS FC
- Sime Darby FC 1
- Sabah FA
- ATM FA 1
- UiTM FC
- Kuala Lumpur FA
Bagi tahun 2016, FAM masih mengekalkan syarat di mana setiap pasukan dibenarkan mendaftar dan menurunkan empat pemain import bagi mewakili pasukan masing-masing.
Tuesday, February 02, 2016
MoU PALSU PENYUMBANG KEJATUHAM EKONOMI
Artikel ini ditulis dan disiarkan dalam Harakah pada tahun 1997.
Krisis keyakinan pelabur luar
Negara terhadap pengurusan ekonomi Negara adalah antara faktor yang menyebabkan
keruntuhan ekonomi Negara.
Sering disiarkan di media massa
terdapat syarikat-syarikat yang tersenarai di BSKL membuat pengumuman di sidang
media bahawa mereka akan melabur di Negara-negara tertentu dan beberapa MoU
telah ditandatangani dengan pihak luar untuk mewujudkan kerjasama perniagaan
yang bakal memberikan keuntungan yang nilainya berjuta-juta ringgit kepada
syarikat mereka. Begitu juga ketika MoU ditandatangi, mereka akan hebahkan
kepada umum tentang viabiliti projek-projek yang kononnya bakal dijalankan yang
akan memberikan pulangan besar kepada syarikat.
Ramai pihak mengakui bahawa asas
ekonomi (economic fundamental)
Malaysia berada pada asas yang masih kukuh dan dana kewangan antarabangsa (IMF)
sendiri bersetuju dengan pendapat tersebut. Jika asasnya kukuh, mengapakah
ekonomi Malaysia menjunam begitu teruk sekali sehingga Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) mengalami kemerosotan sehingga 70 peratus pasaran modal dan ringgit
menyusut lebih 75 peratus berbanding dollar Amerika. Pada 9 Januari 1998, indek
BSKL berada pada paras bawah 500 mata dan nilai ringgit pula berada pada kadar
RM4.56 berbanding US$1. Adalah sesuatu yang tidak logik keadaan ini berlaku di
dalam keadaan asas ekonomi yang dikatakan kukuh. Namun bagi ahli ekonomi dan
para pelabur terdapat faktor-faktor lain yang menentukan kesanggupan mereka di
dalam melakukan sesuatu aktiviti pelaburan.
Jadi apakah sebabnya pelabur-pelabur
hilang keyakinan terhadap ekonomi Malaysia. Antaranya ialah wujudnya
perjanjian-perjanjian persefahaman (MoU) palsu yang dibuat oleh
syarikat-syarikat Malaysia dengan pelabur-pelabur luar Negara.
MoU boleh diibaratkan sebagai
suatu proses peminangan yang akan diikuti oleh perkahwinan. Di dapati di dalam
dunia ini, individu yang mengikat tali pertunangan tidak mempunyai objektif
lain selain untuk mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan MoU, ia seharusnya
disusuli dengan perjanjian untuk membentuk usahasama dalam perniagaan.
Walaupun diakui terdapat MoU yang
tulen, namun terdapat sekalangan ahli perniagaan Malaysia yang menggunakan MoU
untuk matlamat lain. MoU yang ditandatangani bukanlah lahir dari hasrat untuk
menjalinkan usahasama di dalam aktiviti perniagaan ataupun pelaburan, tetapi
digunakan sebagai alat atau mekanisme untuk mendapatkan publisiti dan untuk
meningkatkan lagi nilai saham syarikat.
Unjuran-unjuran palsu ini akan
menarik minat pelabur-pelabur untuk membeli saham-saham syarikat berkenaan
kerana mereka diyakinkan bahawa syarikat tersebut mempunyai potensi untuk maju
dan berkembang di masa hadapan dan seterusnya memberikan pulangan yang tinggi.
Strategi menggunakan MoU memang
Berjaya dan hamper kesemua saham baru yang tersenarai sebelum bulan Ogos 1997
mencatatkan kenaikan dalam harga premium mereka. Namun selepas tersenarai di
BSKL dan harga saham syarikat telah meningkat ganda, MoU yang ditandatangani
entah ke mana.
Walaupun MoU itu adalah penyataan
hasrat untuk bekerjasama dan tidak salah di sisi undang-undang jika tidak
dilaksanakan, tetapi ia memberikan imej yang tidak baik kepada syarikat
tersebut kerana perbuatan tersebut merupakan salah laku moral dalam dunia
perniagaan.
Apabila ia berlaku, maka pelabur
luar akan menilai prinsip ahli perniagaan Malaysia yang melakukan perkara ini –
tidak jujur. Apakah orang akan berurusan dengan mereka yang tidak jujur kerana
mereka rasa dipermainkan dan jika pelaburan telah dilakukan di Malaysia, maka
mereka memikirkan bahawa pelaburan mereka tidak selamat dan lebih baik ditarik
balik pelaburan tersebut ketika harganya berada pada paras yang tinggi.
Kewujudan MoU palsu berada pada
tahap yang membimbangkan. Sehingga bulan Mac 1997, sebanyak 49 peratus atau 179
MoU yang telah ditandatangani telah tidak dilaksanakan daripada 363 yang telah
ditandatangani dengan syarikat daripada dua puluh buah Negara. Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Azizi sendiri
melahirkan rasa kesalnya dan mendedahkan terdapat rungutan daripada kerajaan
dan pelabur luar berkenaan hal ini.
Dilaporkan daripada 103 MoU yang
ditandatangani dengan pelabur dari China hanya 62 (61%) dilaksanakan, Kemboja
11 MoU dan 8 dilaksanakan, manakala kesemua 41 MoU dengan syarikat-syarikat
dari Vietnam tidak dilaksanakan dan 10 MoU daripada 14 melibatkan syarikat dari
Afrika Selatan.
Apabila MoU yang ditandatangani
tidak dilaksanakan, maka pelabur-pelabur luar merasa dipermainkan oleh ahli
perniagaan Malaysia keran untuk mewujudkan MoU memerlukan perbelanjaan dan
penggunaan sumber dalam menyediakan terma-terma dan mengenalpasti bidang-bidang
yang akan diusahakan. Usaha mereka untuk menwujudkan kerjasama seolah-olah
tidak dihargai, membuang masa dan sumber.
Apabila tiada projek dilaksanakan
dan aktiviti syarikat lembab, maka nilai saham akan pasif atau mungkin
menyusut. Pelabur-pelabur dalam dan luar Negara yang memegang saham-saham
syarikat tersebut akan menjualkan saham mereka bagi mendapat modal sebelum ia
terus jatuh atau berpindah kepada pasaran saham yang lain. Oleh itu apabila
pelabur luar yang menguasai 70 peratus nilai saham di BSKL menarik diri,
barulah ramai yang sedar bahawa sebenarnya sayrikat-syarikat tempatan tidaklah
mewah. Nilai syarikat yang bernilai ratusan juta, hakikatnya adalah modal orang
lain.
Ketua Pejabat Perdagangan dan
Industri Sumatera Utara, Yupie S Batu Bara menyentuh isu ini dalam mesyuarat
bersama Dewan Perdagangan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Perak pada Jun 1997.
Menurut beliau, MoU yang
ditandangani antara Malaysia dan Indonesia lebih kepada kepentingan peribadi,
meningkat harga di kaunter-kaunter saham dan dalam masa sama
melenggah-lenggahkan pelaksanaan projek yang dipersetujui.
Oleh itu jangan disalahkan
pelabur luar jika mereka menarik diri dari melabur di BSKL dan diakui memang
terdapat spekulator dari dalam dan luar Negara yang turut memburukkan pasaran
saham dalam Negara, tetapi itu adalah “adat” atau permainan dalam ekonomi
kapitalis.
Menyedari perlunya MoU dikawal,
kabinet Malaysia telah membincangkan masalah ini dan menetapkan bahawa semua
MoU yang ditandatangi oleh syarikat-syarikat Malaysia dengan syarikat-syarikat
luar didaftarkan dengan pejabat kedutaan Malaysia atau pejabat perdagangan
Malaysia (Matrade) di negara tersebut. Selain itu MoU baru juga disyaratkan
didaftarkan di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebelum ia
ditandatangani.
Melalui rekod yang ada, maka
tindakan susulan boleh diambil oleh agensi terbabit untuk memastikan MoU
tersebut dilaksanakan seperti yang terkandung di dalam dokumen yang
dipersetujui bersama. Agensi-agensi berkenaan boleh membantu menyelesaikan
karenah birokrasi yang dihadapi sama ada di dalam dan di luar negara.
Friday, January 22, 2016
Lima Prinsip Asas Hak Asasi Manusia Dalam Islam
Islam tidak mengongkong atau menyekat hak asasi manusia. Namun
kewujudan undang-undang yang mengawal perlakuan dan tindakan manusia adalah selaras
dengan prinsip Islam atau maqasid syariah, iaitu bagi memelihara agama, nyawa,
akal, keturuanan dan harta.
1.
Memelihara
agama.
Manusia mempunyai hak asasi mengamal
hidup beragama dan di Malaysia semua rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan
agama mereka. Dalam Islam kewujudan undang-undang adalah bagi memastikan bahawa
agama Islam terpelihara dan tidak dipersendakan. Apabila seseorang menganut
Islam, maka individu tersebut wajib mematuhi segala peraturan dan hukum yang
ditetapkan oleh Islam. Pihak berkuasa pula berkewajiban untuk mengambil
tindakan agar tidak wujudkan penyebaran ajaran sesat yang bercanggah dengan
ajaran Islam yang sebenar berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Oleh ini sebarang
tindakan yang boleh mencemar dan menyelewengkan ajaran Islam dari dasarnya harus
dikenakan tindakan dan ia tidak bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia
menurut perspektif Islam.
2. Memelihara nyawa.
Islam amat menghargai nyawa dan
memberikan hak asasi kepada seluruh manusia untuk hidup di dunia ini dengan
aman, selamat dan tiada ketakutan. Perbuatan membunuh orang lain,
hatta nyawa sendiri pun adalah dilarang oleh Islam. Oleh yang sedemikian, maka
adalah dilarang untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti haram yang
membahayakan nyawa seperti berlumba haram, mengambil bahan yang boleh
menjejaskan kesihatan seterusnya membawa maut seperti dadah, rokok, vape, pil
khayal dan sebagainya. Oleh itu penggubalan undang-undang dibuat bagi
memastikan nyawa setiap individu sentiasa dipelihara dan selamat.
3. Memelihara akal.
Akal adalah anggota yang penting
bagi manusia membuat keputusan dalam tindakan mereka. Akal yang sihat dan waras
akan membuahkan keputusan dan tindakan yang baik kepada semua makluk dan sebaliknya
jika akal yang tidak waras dan terganggu, maka keputusan dan tindakannya juga
memberikan mudarat kepada makhluk dan alam. Islam memberikan manusia hak asasi untuk
dipelihara akalnya. Akal lah yang membezakan antara manusia dan binatang.
Perbuatan seperti meminum arak
dan mengambil dadah adalah haram kerana ianya boleh merosakkan akal. Hikmah
dengan wujudnya undang-undang Jenayah Syariah, maka akal manusia akan
terpelihara. Apabila akal tidak berfungsi
secara sepatutnya makan ia akan cenderung mengikut nafsu dalam membuat
keputusan dan natijahnya perkara buruk akan berlaku kepada dirinya, keluarga
dan masyarakat.
4. Memelihara
keturunan.
Secara tabi’e manusia mempunyai
keinginan untuk berkeluarga. Islam menjamin hak tersebut dan mengariskan
peraturan untuk berkeluarga demi memastikan kelangsungan nasab dan keturunan. Islam
mewajidkan pernikahan dan mengharamkan perzinaan
supaya nasab keturunan, hak perwalian dan pewarisan terpelihara. Oleh kewujudan
undang-undang Syariah bertujuan mengawal agar tidak berlaku perzinaan yang
merosakkan keturunan. Pengawalan itu penting bukan sahaja bagi mengawal dari
segi nasab, tetapi juga dari segi hak ke atas harta dan tanggungjawab.
5. Memelihara harta.
Naluri manusia memang
berkeinginan untuk memiliki harta dan Islam amat tidak melarang bahkan
mengalakkan umat manusia mencari dan mengumpulkan harta. Namun Islam menetapkan
peraturan dalam mendapatkannya dan cara untuk membelanjakannya. Harta tidak
boleh diperolehi melalui penipuan, rampasan dan rompakan daripada individu
lain, aktiviti haram seperti melalui perjudian dan riba. Islam mewajibkan tuan
punya menjaga hartanya dengan baik iaitu disimpan ditempat yang sepatutnya dan
tidak mendedahkan kepada umum atau dibiarkan tanpa kawalan.
Wednesday, January 20, 2016
MANAGING RISKS
How to
manage risks
There are four ways of dealing with, or managing, each risk
that you have identified. You can:- Accept it because you may decide to accept a risk because the cost of eliminating it completely is too high or the return you might gain is very high versus risk.
- Transfer
it. You might decide to transfer the risk to other parties, which is
typically done with insurance.
- Reduce it. Risk can be reduce by introducing new safety measures or new working system
- Eliminate it. Risk can be completely eliminated by changing the method or way of doing things.
Risk management is not a one-off exercise. Continuous
monitoring and reviewing are crucial for the success of your risk
management approach. Such monitoring ensures that risks have been correctly
identified and assessed and appropriate controls put in place. It is also a way
to learn from experience and make improvements to your risk management
approach.
In the business world, risk management is very important matter.
Risk management will be even more effective if you clearly assign
responsibility for it to chosen employees. It is also a good idea to get
commitment to risk management at the board level.
Good risk management can improve the quality and returns of your business.
Tuesday, January 19, 2016
KU HANYA MAMPU MERINDUMU
Setiap detik yang berlalu
Melayangku ke persada rindumu
Kau selalu ada di dekatku
Dalam sedar kau ditunggu
Dalam tidur kau diburu
Ku menatapmu dengan syahdu
Dari kejauhan sudut hatiku
Terserlah keayu matamu yang sendu
Kau hibur kegundahanku
Melalui derai tawamu
Apa kita tidak ditakdirkan bersatu
Dalam cinta realiti syahdu
Ku hanya mampu merindumu
Apa mungkin aku bisa mendapatkanmu
Untuk ku rantai cinta hatimu
Apakah ini akan datang waktu
Untuk ku mengetuk pintu hatimu
Apakah ada ruang untuk aku
Menyatakan bahawa AKU CINTA PADAMU
Perindu sepi - IIUM, 2007-2009
Melayangku ke persada rindumu
Kau selalu ada di dekatku
Dalam sedar kau ditunggu
Dalam tidur kau diburu
Ku menatapmu dengan syahdu
Dari kejauhan sudut hatiku
Terserlah keayu matamu yang sendu
Kau hibur kegundahanku
Melalui derai tawamu
Apa kita tidak ditakdirkan bersatu
Dalam cinta realiti syahdu
Ku hanya mampu merindumu
Apa mungkin aku bisa mendapatkanmu
Untuk ku rantai cinta hatimu
Apakah ini akan datang waktu
Untuk ku mengetuk pintu hatimu
Apakah ada ruang untuk aku
Menyatakan bahawa AKU CINTA PADAMU
Perindu sepi - IIUM, 2007-2009
BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH
Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah
Sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984).
Ia memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.
Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah. Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia,kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat:
1)Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri,
2)Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan/Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri,
3) Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan. Kesalahan-kesalahan yang berada di tempat yang ketiga ini juga turut melibatkan kesalahan jenayah syariah matrimoni seperti poligami tanpa izin mahkamah dan perceraian dilakukan di luar mahkamah.
Sehubungan dengan ini, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor telah membentuk beberapa kategori jenayah yang tertentu, iaitu:
1) Kesalahan berkaitan akidah seperti menyebarkan doktrin palsu dan takfir.
2) Berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya seperti menghina perkara-perkara yang berkait dengan agama, pihak berkuasa agama, fatwa, ingkar perintah mahkamah, berjudi, minum arak dan minuman yang memabukkan, tidak menghormati bulan Ramadan, tidak menunaikan solat Jumaat dan tidak membayar zakat atau fitrah.
3) Berhubung dengan kesusilaan seperti sumbang mahram, pelacuran, hubungan jenis, khalwat, lelaki berlagak seperti pondan dan perlakuan tidak sopan di khalayak awam.
4) Kesalahan pelbagai seperti membawa lari wanita yang sudah bersuami, menghalang pasangan yang telah bernikah daripada menjalani kehidupan sebagai suami isteri, menghasut suami isteri supaya bercerai atau meninggalkan kewajipan, menjual atau memberi anak kepada bukan Islam, qazaf (menuduh zina), mengutip zakat tanpa kebenaran dan menyalahgunakan tanda halal.
Bidang kuasa Mal
Istilah 'mal' sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri.
Dan sebenarnya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam:
1) Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan.
2) Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan. Seperti permohonan mengesahkan perkahwinan, permohonan membatalkan perkahwinan yang tidak sah, permohonan nafkah diri, nafkah anak, mensabitkan isteri nusyuz, permohonan isteri supaya suami hidup bersama semula dan sebagainya.
3) Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan. Permohonan cerai khuluï, liï'an, fasakh, talak, taï'liq, perceraian dengan perintah, kerana murtad dan juga secara anggapan mati.
4) Sebarang permohonan di dalam sesuatu kes sedang berjalan (interlocutory order). Contohnya, permohonan sementara nafkah sama ada diri dan anak, hadanah, perintah larangan terhadap harta dan gangguan. Bagi perkara ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa satu-satu kes perbicaraan mengambil masa yang lama, kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan. Dalam sepanjang tempoh berkenaan, banyak perkara yang timbul yang perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah. Sekiranya tidak diselesaikan, akan menyebabkan ketidakadilan dan aniaya kepada pihak-pihak yang terlibat.
Oleh yang demikian, undang-undang memberikan ruang supaya pihak-pihak yang terlibat ketika menanti keputusan yang jelas dari pihak mahkamah dibenarkan untuk membuat permohonan sementara, sementara perbicaraan dijalankan. Umpamanya, adalah sangat wajar bagi seorang wanita memohon larangan (injunksi) terhadap bekas suaminya untuk tidak mengganggunya. Begitu juga memohon perintah larangan agar harta yang dimiliki secara bersama tidak dibenarkan untuk dilibatkan dalam sebarang urusan.
5) Isu-isu yang berbangkit selepas perceraian. Perkara-perkara ini boleh dirujuk di mahkamah yang ada bidang kuasanya, iaitu selepas perceraian berlaku. Umpamanya, sagu hati (mutaah) selepas perceraian, harta sepencarian, nafkah iddah, nafkah anak, nafkah tertunggak dan juga soal hadanah (penjagaan anak).
6) Permohonan-permohonan mengenai wasiat, wakaf dan harta pusaka. 7) Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah. Ini berlaku apabila keputusan yang dikeluarkan tidak diikuti oleh pihak yang kena tanggungan. Maka, pihak-pihak yang satu lagi boleh menuntut supaya perintah-perintah yang dikeluarkan itu dikuatkuasakan oleh pihak mahkamah.
Sumber maklumat: http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7185-bidang-kuasa-mahkamah-syariah-di-malaysia-satu-pengenalan-ringkas

RESOURCEFUL DATABASE PORTAL: BERNAMA LIBRARY & INFOLINK SERVICE (BLIS)
For those who are looking for information and data on Malaysia, BLIS has the answer.
Please visit at http://blis.bernama.com
For more information please contact: Jamaludin Ismail at jamaludinis@bernama.com
BUKIT MALAWATI: DESTINASI PELANCONGAN DI KUALA SELANGOR
Bagi pengunjung yang datang ke Kuala Selangor, anda dan keluarga adalah disarankan agar pergi melawat ke Bukit Malawati yang terletak di berhampiran pekan lama Kuala Selangor.
Anda boleh mengunjunginya dengan menaiki kenderaan yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor. Bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak berumur antara 3 hingga 12 tahun.
Anda boleh mengunjunginya dengan menaiki kenderaan yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor. Bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak berumur antara 3 hingga 12 tahun.
Di atas Bukit Malawati terdapat spesis Lotong yang menceriakan pegunjung ke sana. Anda boleh memberi makan kepadanya dengan membeli makanan sepert kacang panjang dan roti dengan penjual di lokasi.
Di bawah adalah rumah api yang menjadi panduan kepada kapal-kapal dan bot-bot yang menggunakan Sungai Kuala Selangor.
Di sini juga terletaknnya Baitulhilal iaitu tempat melihat anak bulan dalam menentukan kalendar Islam, khasnya dalam menentukan permulaan 1 Ramadhan (puasa), 1 Syawal (Aidil Fitri) dan 1 Zulhijjah.
Meriam tinggalan zaman penjajahan Inggeris yang suatu waktu dahulu menjadi medan pertahanan bagi pihak Inggeris melawan musuh mereka.
Kenderaan yang digunakan untuk membawa pengunjung ke atas Bukit Malawati
Peta lokasi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi
Subscribe to:
Posts (Atom)