Sumber air mata air menjadi sumber bekalan alternatif kepada penduduk setempat di kala kemarau melanda dan bekalan air bersih dicatu oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Anugerah yang tidak terhingga ini wujud di kawasan kediaman blok 26 atau lebih tepat lagi di Jalan Hijau 1/5.
Pada asalnya usaha dijalankan oleh komuniti di situ untuk mengalihkan aliran air yang bertakung di padang dan menyukarkan kanak-kanak daripada bermain di situ. Melalui inisiatif dan sumbangan setempat, maka dibina satu telaga konkrit ditapak air mata air tersebut dan disalurkan ke dalam longkang.
Inisiatif juga telah dilakukan untuk mengkaji kandungan air tersebut bagi mengesahkan sumbernya dan bagi memastikan ia selamat untuk diminum.
Keputusan kajian yang dibuat mengesahkan bahawa itu adalah bersumberkan air mata air dan tidak mengandungi klorin (bagi menolak ia adalah daripada sumber Syabas) serta tidak mengandungi bakteria.
Selepas itu usaha menaiktaraf telah dilakukan dengan membina telaga konkrit yang disambungkan paip bagi kemudahan orang ramai mengambil air tersebut. Kini sebuah lagi telaga konkrit dibina untuk kemudahan masyarakat mengambil air tersebut.
No comments:
Post a Comment