Sabda Nabi s.a.w.; “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.).
Bersahur bermakna menikmati makanan sebelum terbit fajar sebagai persediaan untuk bepuasa. Pahala bersahur diperolehi dengan semata-mata makan atau minum walaupun seteguk air.
Sabda Rasulullah; “Bersahurlah walaupun dengan seteguk air” (HR Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas r.a.).
Namun terdapat salah faham di kalangan orang Islam di dalam melakukan amalan ini. Antaranya kefahaman di dalam penyediaan menu untuk bersahur di mana menu yang disediakan secara berlebih-lebihan seperti mana untuk makan malam atau tengah hari sedangkan untuk bersahur hanya perlu menjamah sedikit makanan hatta walaupun hanya dengan seteguk air suam.
Keduanya terdapat segelintir ahli masyarakt Islam, terutamanya golongan muda yang "memakan sahur" selepas tengah malam sebelum tidur. Ia tidak menepati masa yang dikatakan sebagai sahur iaitu selepas dua pertiga malam. Malah waktu bersahur yang paling afdal ialah yang paling hampir dengan waktu subuh. Kalau dikira waktu dua pertiga malam ialah antara pukul 3.30 pagi hingga membawa waktu subuh.
Apabila sesuatu amalan itu tidak menepati kehendak agama maka ia tidak memberikkan pulangan pahala kepada pelakunya dan amat rugilah mereka itu.
No comments:
Post a Comment