Monday, July 12, 2010

Kajian: Renung PAYU DARA Panjangkan Usia Lelaki

Agak pelik bunyinya. Antara percaya dengan tidak. Namun itulah hasil kajian yang telah dibuat /diketuai oleh Dr Karen Weatherby yang dimuatkan dalam jurnal perubatan New England Journal of Medicine. Kata Dr Karen, lelaki yang merenung payu dara wanita selama 10 minit dapat memanjangkan usianya sehingga enam tahun. Menurut kajiannya, merenung payu dara wanita selama 10 minit sehari bersamaan dengan 30 minit bersenam di gimnasium.

Kajian yang memakan masa selama lima tahun itu melibatkan 200 orang lelaki tulen Eropah. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang penemuan ini, silalah menggelintar ruang maya dengan menaip nama doktor ini atau nama jurnal perubatan di atas.

www.on9g.com/en/viewthread.php?tid=22643
forum.lowyat.net/topic/1216068

Wednesday, July 07, 2010

Kisah Antara Ayam dan Babi

Ia mengisahkan mengenai Imam Muhamad Abduh yang pada suatu hari berkunjung ke Perancis.

Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. Mereka berkata, Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya.
Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan moden dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup.
Ia tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi".

Imam M. Abduh yang terkenal dengan keilmuan dan kebijaksanaanya telah meminta mereka untuk membawa dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina.
Mereka bertanya, "Untuk apa?" Beliau menjawab, "Penuhi permintaan saya dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kamu semua inginkan".

Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi (bersabung) dan saling serang-menyerang.
Kedua-duanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati.

Kemudian, Imam M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina.
Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan 'hajat' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya.
Dalam benak kedua babi jantan terdapat sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina.

Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah'(cemburu) bagi orang yang memakannya.

Itulah yang terjadi sekarang ini. Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, hanya membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR ? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda... .

Thursday, June 24, 2010

Tak Faham Tapi Nak Tunjuk Pandai

Haram itulah hukum yang termaktub di dalam Al Quran. Bila haram berdosa kalau dilakukan dan tidak ada pandangan kedua atau ketiga untuk menolaknya dan tidak boleh dikaji lagi untuk menghalalkannya.

Oleh itu adalah salah bila kerajaan berkata bahawa pandangan semua pihak akan diambil kira dalam menentukan pelaksanaan aktiviti berjudi dalam sukan khasnya dalam kejohanan bolasepak Piala Dunia. Tak perlu semua tu sebab hukum dah jelas. Haram dan tak boleh dibuat perkara tersebut.

Judi walaupun adalah dalam kategori dosa besar bersama dengan arak, tetapi berbeza kerana dalam kalangan orang bukan Islam mereka dibenarkan meminum arak, tetapi tiada satupun di kalangan agama bukan Islam membenarkan aktiviti perjudian.

Islam itu adil dan menghormati hak bukan Islam. Lantaran itu Islam membenarkan orang bukan Islam mengamalkan cara hidup yang dibenarkan oleh agama orang bukan Islam termasuk meminum arak. Namun ia harus secara yang terkawal dan tertutup serta ditempat khusus.