Salam Aidil Adha kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat |
This webblog (blog) is contains write-up covers various topics and stories ranging from religious, economy, politics, literature and other human interest topics.
Friday, October 03, 2014
Monday, July 21, 2014
Wednesday, July 09, 2014
KADAR BARU YURAN PERUNDINGAN DOKTOR SWASTA
Bermula 1 April 2014, Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk menaikkan kadar yuran perundingan doktor swasta kepada kadar yang lebih tinggi mengikut bidang dan kepakaran pengamal perubatan berkenaan.
Kadar perundingan bagi pengamal perubatan AM naik sebanyak antara 200 peratus hingga 257 peratus iaitu daripada antara RM10 ke RM35 kepada RM30 hingga RM125.
Kadar perundingan bagi pengamal perubatan AM naik sebanyak antara 200 peratus hingga 257 peratus iaitu daripada antara RM10 ke RM35 kepada RM30 hingga RM125.
Thursday, July 03, 2014
KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 1435H BERSAMAAN 2014 M
Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 1435 hijrah bersamaan 2014 masihi.
Pembayaran boleh dibuat melalui amil-amil yang dilantik oleh pihak pungutan zakat negeri bemula awal Ramadhan sehingga pagi sebelum solat Aidil Fitri.
Pembayaran boleh dibuat melalui amil-amil yang dilantik oleh pihak pungutan zakat negeri bemula awal Ramadhan sehingga pagi sebelum solat Aidil Fitri.
Monday, June 30, 2014
AHLAN WA SAHLAN MARHABAN YA RAMADHAN KAREEM
Selamat Menjalani ibadah di bulan Ramadhan diucapkan kepada seluruh kaum Muslimin dan muslimat. Semoga kita mendapat ganjaran keampunan dan rahmat Allah.
SALAH FAHAM DALAM AMALAN BERSAHUR
Bersahur adalah salah satu amalan sunat yang sangat dituntut di dalam Islam ketika melaksanakan ibadah berpuasa di dalam Bulan Ramadhan. Namun ramai orang Islam yang tidak melaksanakannya kerana malas atau tidak mampun untuk bangun di awal pagi sedangkan bersahur itu ada hikmah selain diberikan ganjaran pahala.
Sabda Nabi s.a.w.; “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.).
Bersahur bermakna menikmati makanan sebelum terbit fajar sebagai persediaan untuk bepuasa. Pahala bersahur diperolehi dengan semata-mata makan atau minum walaupun seteguk air.
Sabda Rasulullah; “Bersahurlah walaupun dengan seteguk air” (HR Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas r.a.).
Namun terdapat salah faham di kalangan orang Islam di dalam melakukan amalan ini. Antaranya kefahaman di dalam penyediaan menu untuk bersahur di mana menu yang disediakan secara berlebih-lebihan seperti mana untuk makan malam atau tengah hari sedangkan untuk bersahur hanya perlu menjamah sedikit makanan hatta walaupun hanya dengan seteguk air suam.
Keduanya terdapat segelintir ahli masyarakt Islam, terutamanya golongan muda yang "memakan sahur" selepas tengah malam sebelum tidur. Ia tidak menepati masa yang dikatakan sebagai sahur iaitu selepas dua pertiga malam. Malah waktu bersahur yang paling afdal ialah yang paling hampir dengan waktu subuh. Kalau dikira waktu dua pertiga malam ialah antara pukul 3.30 pagi hingga membawa waktu subuh.
Apabila sesuatu amalan itu tidak menepati kehendak agama maka ia tidak memberikkan pulangan pahala kepada pelakunya dan amat rugilah mereka itu.
Friday, March 21, 2014
AIR MATA AIR SUMBER ALTERNATIF PENDUDUK BANDAR TASIK PUTERI
Sumber air mata air menjadi sumber bekalan alternatif kepada penduduk setempat di kala kemarau melanda dan bekalan air bersih dicatu oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Anugerah yang tidak terhingga ini wujud di kawasan kediaman blok 26 atau lebih tepat lagi di Jalan Hijau 1/5.
Pada asalnya usaha dijalankan oleh komuniti di situ untuk mengalihkan aliran air yang bertakung di padang dan menyukarkan kanak-kanak daripada bermain di situ. Melalui inisiatif dan sumbangan setempat, maka dibina satu telaga konkrit ditapak air mata air tersebut dan disalurkan ke dalam longkang.
Inisiatif juga telah dilakukan untuk mengkaji kandungan air tersebut bagi mengesahkan sumbernya dan bagi memastikan ia selamat untuk diminum.
Keputusan kajian yang dibuat mengesahkan bahawa itu adalah bersumberkan air mata air dan tidak mengandungi klorin (bagi menolak ia adalah daripada sumber Syabas) serta tidak mengandungi bakteria.
Selepas itu usaha menaiktaraf telah dilakukan dengan membina telaga konkrit yang disambungkan paip bagi kemudahan orang ramai mengambil air tersebut. Kini sebuah lagi telaga konkrit dibina untuk kemudahan masyarakat mengambil air tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)