Wednesday, August 03, 2011

KISAH LUQMANUL HAKIM

Oleh : Drs. Iyan Tsauri
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam Keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. Q.S. Luqman: 13-14.
Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim bersama anaknya hendak melaksanakan perjalanan jauh…bersama kendaraannya yaitu seekor keledai (himar), mereka berdua bersama kendaraanya menjadi bahan gunjingan dan bahan ejekan orang-orang yang berada di daerah (kampung/kota) yang mereka lalui, manakala anaknya mengikut dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, banyak orang berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya enak-enakan menaiki himar itu, sungguh kurang ajar anak itu.”
Mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksa himar itu.”
Oleh kerana tidak suka mendengar perkataan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak ditunggangi.”
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan percakapan mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam setiap perilakunya.”
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”
Kisah ini adalah kisah nyata,yang mana merupakan sebuah fanomena yang terjadi pada jaman dahulu kala (dalam masa kerasullan).Sehingga allah mengabadikannya dalam Al-Qur’an surat Luqman.
Kesimpulan :
Dari alur kisah di atas kita dapat melihat dan menilai, bahawasannya proses kehidupan kita tak akan lepas dari adanya pandangan dan penilaian daripada orang lain yang tentunya berbeza-beza pandangan mereka. Oleh kerana itu, jelas buat kita hal tersebut merupakan sebuah proses kehidupan yang amat berharga walaupun terkadang bertentangan (dari sudut setiap pandangan orangramai) dengan hati nurani dan prinsip kehidupan kita, namun yang penting bagi kita ialah hati nurani, prinsip hidup dan semangat yang ada dalam hati ini biarkanlah berjalan selagi semua itu masih ada dalam jalur agama kita (tidak bertentangan). Kerana jika kita hanya mendengar dan mengikuti setiap kata-kata dari setiap orang, terkadang jiwa dan hati kita ini ada pro dan kontra, bahkan terkadang kita merasa bingung, bahkan kecewa yang berlebihan. Apa yang penting selagi kita ada dalam jalur yang benar biarkanlah mereka berkata-kata. Kita harus ingat kesempuraan bukan milik kita. Keilmuaan yang tinggi di mata manusia tidaklah ada apa-apa kesan berbanding di pandangan yang Maha Kuasa. Kita hanya manusia biasa yang hanya mampu berusaha dan berharap dan berserah kepada Allah untuk menentukan segalanya.


Keterangan: Luqmanul Hakim nama lengkapnya Luqman bin ‘Unqa bin Sidran. atau Luqman bin Tsaran adalah orang Nubiyan dari penduduk Ailah. Luqman adalah seorang lelaki soleh, ahli ibadah, pengetahuan dan hikmah yang luas. Ada yang mengatakan bahwa dia adalah seorang hakim pada zaman Nabi Daud as. Luqman adalah seorang budak Habsyah yang juga melakukan kerja sebagai tukang kayu.” Luqman adalah seorang hamba yang soleh namun bukan seorang nabi.”
dari berbagai sumber.

Friday, July 29, 2011

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN YA RAMADHAN

Dalam Islam apa jua kebaikan yang dibuat tidak akan terangkat ke langit jika kita mempunyai dosa dengan sesama manusia.

Allah akan ampunkan dosa umat Islam kecuali syirik kepadaNya dan dosa sesama manusia.
Jadi marilah kita tukar tradisi meminta maaf di hari raya kepada mengamalkannya sepanjang masa dan bukan menunggu di bulan Syawal sahaja. Ini kerana kematian akan berlaku tanpa kita mengetahuinya.

Kalau yang ada ibubapa mohon maaflah dengan mereka, telefonlah mungkin kita tak sempat nak berjumpa sebelum Syawal nanti. Saya dah tak ada ibubapa. Ibu saya meninggal seminggu sebelum Ramadhan (23 Syaaban 1415 H) dan bapa saya meninggal pada awal pagi 2 Syawal 1424 H. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita muhasabah diri (to examine what we had done in the past), bulan untuk membuat koreksi dan sebagai turning point for us to start a new chapter in our life from being a good Muslim to be an excellent Muslim.

Ramadhan adalah bulan yang di awalnya diberikan rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pelepasan daripada api neraka. Bulan Ramadhan adalah bulan bonus yang Allah berikan kepada umat Islam. Pahala melakukan ibadat wajib digandakan kepada 70 kali dan ibadat sunat mendapat pahala ibadat wajib. Apatah lagi kalau dilakukan secara jemaah. Di dalamnya juga ada satu malam iaitu Malam Lailatul Qadar yang Allah berikan kelebihannya ibarat 1000 bulan. Kalau bonus kerajaan bagi satu bulan pun kita dah seronok. Ini kan pula bonus 70 kali (sama 70 bulan) dan ada yang sampai 1000 bulan. Hatta orang tidur di siang hari pun mendapat pahala, tetapi dengan syarat amalan wajib tak ditinggalkan dan bertujuan supaya dapat beribadat pada malamnya.


Sama-samalah kita membuat persediaan untuk melayari Ramadhan dan tidak menyibukkan diri membuat persediaan menghadapi Syawal sehingga meninggalkan peluang beramal di bulan yang penuh barakah ini.


Buatlah rujukan untuk kita mendalami ilmu bagi mendapat kesempurnaan dalam melakukan amal kebaikan. Amal tanpa ilmu ibarat pohon rendang yang tak berbuah dan apa yang penting lagi ialah keikhlasan dalam beribadat. Bukan ikut-ikutan tapi kerana ia adalah kewajipan sebagai hamba Allah. Sama-samalah juga kita berdoa semoga kita diberikan kekuatan keimanan dan kesihatan tubuh badan agar kita termasuk dalam golongan insan-insan yang berjaya mengapai peluang yang besar ini.


Juga kita berdoa agar Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita kerana sesungguhnya kita banyak melakukan dosa, maka hanya dengan rahmat Allah sahaja dapat menyelamatkan kita. Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar sama-sama kita bertekad untuk mengambil kesempatan ini untuk jadi insan yang kamil wal mutakamil dan jangan kita jadikan Ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain berlalu tanpa rasa apa-apa di dalam diri dan jiwa kita.


Jadikan Ramdhan sebagai pesta ibadah bukan pesta juadah dan Ramadhan adalah bulan ibadat bukannya adat. Jadikan Ramadhan untuk kita meningkatkan darjat kita, maka selepas Ramadhan kita sewajarnya menjadi insan sedarjah lebih tinggi dari aspek amalan dan keimanan. Tanda seseorang itu berjaya dalam menjalani ibadah Ramadhan ialah akan ada perubahan yang baik dalam dirinya bila lepas Ramadhan nanti.


Akhirnya sama-samalah kita jaga sholat kerana sholat adalah amalan pertama yang akan dihisap di akhirat nanti dan prasyarat untuk Allah menerima amalan-amalan kebaikan yang lain.

Ramai yang mampu berpuasa 14 jam sehari tetapi tidak mampu untuk meluangkan masa 15 minit untuk satu waktu sholat ... Jaga keteramplian diri sebagai seorang muslim dan muslimat. Cuba tengok gelagat orang Islam ketika di pasar Ramadhan ... buat penilaian sendiri. Saya pernah jumpa seorang lelaki nak bayar fitrah di kaunter pasar Ramadhan (memang baik) di tempat saya tetapi yang tak kenanya dia memakai seluar pendek .. Amil tu tengok semacam jer ... Bayangkan lepas bayar (ada akadnya) Amil tu baca doa dan si Mamat tupun aminkan doa dalam keadaan dia pakai seluar pendek di public area.. Ini sekadar pengajaran bukan nak mengata, tapi kena cerita supaya kita tak jadi macam tu. Jadi saya turut mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kesilapan sama ada tutur kata, gerak laku atau apa sahaja yang tidak baik. Moga Allah ampunkan kita semua.


Insya Allah. Wallahhu Aklam.

Friday, July 01, 2011

THE RIGHT TO HOLD PEACEFUL ASSEMBLIES MUST BE PROTECTED


The Human Rights Commision of Malaysia (SUHAKAM) refers to the peaceful assembly being
planned by the Coalition for Free and Fair Elections (Bersih), scheduled for 9 July 2011, and
also to those reportedly planned by UMNO Youth & Perkasa, and reiterates its position that it
is the right of members of the public to assemble and to express their views in a peaceful
manner, as provided under Article 10(1)(b) of the Federal Constitution, as well as Article
20(1) of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR).


The Commission recalls the recommendations it had made in the past for the Government to
respect the freedom of assembly, as contained in, among others, its Annual Reports to
Parliament, as well as its requests for the repeal of of sub-sections (2), (2A)-(2D),(4),(4A),
(5),(5A)-(5C),(7) and (8) of Section 27 and Section 27A of the Police Act 1967, and its
recommendation that where the Police finds it necessary to control or disperse a crowd
during an assembly, proportionate and nonviolent methods should be employed.
The Commission calls on the authorities to allow the planned peaceful assemblies to be held,
and on the parties intending to hold these assemblies to exercise their rights in a peaceful
and responsible manner. The Commission shall duly monitor the event.
- end -


TAN SRI HASMY AGAM
Chairman
The Human Rights Commission of Malaysia
28 June 2011