Monday, March 01, 2010

Sambutan Majlis Maulidur Rasul Masjid Bdr Tasik Puteri, Rawang

Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 26 dan 27 Februari 2010 bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.




Pelbagai program telah diadakan bermula dengan konsert hiburan Islam yang dipersembahkan oleh kumpulan UNIC dan As Sauffi serta kanak-kanak sekolah dan tadika disekitar Bandar Tasik Puteri. Selain itu pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Bomba serta kaunter perkhidmatan oleh Tabung Haji, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Lembaga Zakat Sleangor serta pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan.




Malamnya diadakan forum perdana dan majlis dirasmikan oleg Dr Osman Sabran, Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor.





Thursday, February 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Saban tahun akan diadakan program bagi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Baginda diputerakan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamanya dengan 20 April 571 Masehi.

Tahun tersebut dinamakan tahun gajah sempena dengan peristiwa Abrahah dan tentera bergajahnya yang datang untuk merobohkan Kaabah. Dalam peristiwa itu Abrahah dan tenteranya telah dimusnahkan oleh burung Ababil yang diutuskan oleh Allah dengan menjatuhkan bara-bara api ke atas Abrahah dan tentera bergajahnya.

Walaupun penganjuran program Maulidur Rasul tidak nas yang mengatakan ia diadakan oleh Nabi dan para Sahabat selepas baginda, namun atas nisbah bahawa penganjuran itu boleh memberikan pengajaran kepada Umat Islam khasnya dan umat manusia umumnya, maka ia telah diharuskan untuk dijalankan oleh umat Islam.

Namum dalam hal ini, maka umat Islam harus faham bahawa tiada acara khusus untuk menganjurkannya asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat.

Apa yang lebih penting, dalam merayakannya, ia akan meningkatkan tahap kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah melalui tindakan dan mengamalkan apa yang dilakukan dan dititahkan oleh baginda.

Perlu diingat menyambut hari keputeraan baginda tidak seharusnya sama macam kita menyambut Hari Ulangtahun kemerdekaan negara dan ia hanya sekadar melakukannya atas dasar kebiasaan dalam masyarakat.

Friday, February 12, 2010

HARAM MERAIKAN "VALENTINE'S DAY"


Umat Islam diingatkan bahawa adalah haram bagi mereka merayakan atau meraikan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's Day) yang disambut pada setiap 14 Februari.

Pengharaman tersebut disandarkan kepada ia adalah merupakan amalan yang bersusur galur daripada ajaran agama Kristian dan terdapat amalan dan perbuatan maksiat di dalam cara menyambutnya.