Wednesday, December 26, 2012

MASALAH KENCING TAK TERKAWAL BOLEH DIATASI


Oleh: Ali Imran Mohd Noordin 
 
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ketika menghadiri satu majlis jamuan,
mungkin kerana alah kepada udara yang tercemar, seorang tetamu tiba-tiba
bersin dan serentak dengan itu terasa seluarnya dibasahi air kencing. Dia berasa tidak selesa dan mengharapkan masalah yang dialaminya tidak
disedari tetamu lain. Pilihan yang ada baginya ialah bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik airuntuk melakukan apa yang perlu. Sebenarnya, kejadian seperti itu turut menimpa ramai orang lain, tetapi,mungkin kerana malu untuk mendedahkan rahsia diri, mereka tidak
menghebahkannya kepada sesiapa. Ketirisan kencing atau masalah kencing tak terkawal (UI) berlaku pada lelakidan wanita. Bagaimanapun, tidak ramai yang bersedia untuk mengaku bahawamereka mengalami masalah ini. Kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan warga emas dan golongan inibersedia melakukan apa saja untuk mengatasi masalah itu, kata Dr Warren Lo Hwa Loon, pakar urologi di Hospital Kuala Lumpur.
    
    UI MENJEJASKAN KUALITI KEHIDUPAN        Dr Lo berkata walupun UI tidak mengancam nyawa, tetapi ia menjejaskankualiti kehidupan.    UI berpunca daripada disfungsi pundi kencing, penggunaan otot detrusorsecara berlebihan, tersumbatnya saluran kencing, disfungsi sfinkter dankecederaan pada sistem saraf.    Oleh kerana penyakit ini dianggap boleh membawa keaiban diri, tidak ramaiyang berasa selesa untuk membincangkannya secara terbuka.     Tiada sebab untuk berasa malu, lebih-lebih lagi kerana ia sebenarnya bolehdirawat," kata Dr Lo.        JENIS MASALAH        Terdapat tiga jenis keadaan tidak boleh dikawal: Stres Tidak Terkawal (SI),Rangsangan Tidak Terkawal (UI) dan Keadaan Tidak terkawal Bercampur (MI).     SI terjadi apabila otot lantai pelvis tidak memiliki kekuatan yangsepatutnya. Orang yang mengalami masalah ini akan terkencing apabila melakukan aktiviti yang memberi tekanan secara langsung atau tidak langsungkepada pundi kencing.
UI pula terjadi apabila berlaku penguncupan otot secara tidak sengaja dan
tidak sepatutnya.
    Dalam kes ini, pundi kencing menjadi tidak stabil apabila saraf yang
mengawal pundi bertindak secara terlebih aktif hingga menyebabkan timbul 
rasa untuk membunag air kecil yang sukar ditahan.
    Dalam sesetengah kes, air kencing akan terkeluar apabila seseorang itu
melakukan aktiviti yang melibatkan air seperti minum dan menyentuh air atau
malah, mendengar bunyi air mengalir.
    Dr Lo berkata gangguan neurologi, penyekatan aliran keluar air kencing
daripada pundi dan pengambilan minuman beralkohol dan yang mengandungi 
kafein adalah antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah tidak 
terkawal. Penyekatan aliran air kencing pula mungkin berlaku kerana terdapat 
batu, tumor dan prostrate menjadi kembang,  katanya.
    MI pula adalah gabungan antara SI dan UI. 
    Satu soal selidik dikenali sebagai Consultation on Incontinence
Questionnaire (ICIQ-SF) digunakan untuk memeriksa gejala ini. Soal selidik ini
menyiasat tentang kekerapan berlakunya ketirisan air kencing, purata jumlah 
air kencing yang tiris dan pendapat seseorang tentang kesan daripada penyakit
ini.
    
    PILIHAN RAWATAN   
    Kaedah yang digunakan untuk merawat UI bergantung pada sejauh mana 
teruknya sesuatu kes itu. Rawatan boleh dilakukan dalam bentuk mengubah 
bentuk perilaku, penggunaan ubat-ubatan atau pembedahan.
     Ada orang terkejut aabila mengetahui bahawa hanya dengan mengamalkan
gaya hidup lebih sihat, termasuk mengurangkan berat badan dan meninggalkan
tabiat merokok serta melakukan senaman lantai pelvis, seseorang itu dapat 
mengatasi masalah ketirisan ini," kata Dr Lo.
    Beliau berkata senaman lantai pelvis mudah dilakukan kerana ia hanya
memerlukan seseorang itu duduk dengan selesa dan meramas otot pelvisnya 
secara berterusan sebanyak 10 hingga 15 kali.
    Ditanya tentang kos rawatan, Dr Lo berkata kadarnya ialah antara RM100 
dan RM200 sebulan.
    Kata beliau pembedahan untuk mengatasi masalah ini pula melibatkan satu
prosedur mudah dan dalam kebanyakan kes, pesakit akan dapat mengawal 
semula pundi mereka selepas dibedah.
    Bagi lelaki, SI boleh dirawat dengan memasukkan sfinkter kencing tiruan 
atau menggunakan agen pemukalan seperti Botox dan kadar kejayaannya ialah
80 peratus, kata Dr Lo.
    Bagi wanita pula, kata beliau, SI boleh dirawat dengan memasukkan pita
vagina dengan kadar kejayaannya ialah 84 hingga 88 peratus, manakala agen
pemukalan seperti Botox juga boleh digunakan.
    Mengenai UI, kata beliau, ia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah
dikenali sebagai Transcutaneous Electrical Nerve Simulation (TENS),
neuromodulation, agen pemukalan dan bagi kes kritikal, pembedahan Ileal
Loop Diversion boleh digunakan.
    Bagi merawat MI, gandingan rawatan untuk SI dan UI boleh digunakan, 
katanya.
    
    CARA MENDAPATKAN RAWATAN   
    Menurut presiden Persatuan Urologi Malaysia (MUA) Prof Azad Hassan 
A.Razack, Malaysia mempunyai lebih kurang 100 pakar urologi, yang sama 
ramai jumlahnya di hospital awam dan swasta.
     Seratus pakar urologi bagi lebih 28 juta penduduk adalah terlalu sedikit.
Negara ini mengalami kekurangan pakar urologi," katanya.
    Di samping menjadi badan penaung rasmi untuk pengamal dalam bidang ini, 
MUA juga memberi latihan kepada bakal pakar urologi. Persatuan ini melahirkan
lima hingga 10 pakar urologi setahun.
    -- BERNAMA
Contoh gangguan neurologi termasuk penyakit Parkinson dan strok, manakala
beberapa titis air kencing akan terkeluar apabila seseorang itu batuk, ketawa,
bersin, melakukan senaman atau melakukan sesuatu gerakan. Kegiatan ini
memberi tekanan kepada bahagian intra-abdomen dan seterusnya memberi 
tekanan pula kepada pundi kencing.

1 comment:

NasQ said...

sedang mencari rawatan Kencing Tiris