Thursday, February 16, 2012

Penderaan Emosi lebih sakit daripada kecederaan fizikal, Kajian Mendedahkan

Sejak berdekad-dekad lamanya, satu kepercayaan bahawa "kayu dan batu boleh mematahkan tulang, tetapi kata-kata tidak akan menyakitkan seseorang". Namun, The Press Trust of India (PTI) telah memetik satu kajian yang mendedahkan bahawa sakit akibat penderaan emosi adalah lebih mendalam dan mengambil masa yang panjang untuk pulih berbanding sakit pada anggota badan. Ringkasnya disimpulkan sebagai "makan dalam", iaitu ianya tak nampak tapi sukar untuk dilupakan.

Kajian pasukan antarabangsa menunjukkan bahawa patah hati amat menyakitkan dalam banyak kes yang dikaji. Ketua pengarang Dr Kip Williams, dipetik oleh The Daily Telegraph, berkata bahawa kedua-dua jenis kesakitan sangat dirasai pada masa kejadian belaku, tetapi kecederaan emosi mempunyai kemungkinan untuk berulang-ulang, berbanding kesakitan fizikal yang dirasai hanya satu waktu tertentu iaitu waktu kecedaraan berlaku dan dalam proses pemulihan. Selepas pulih tiada lagi dirasakan kesakitan itu.

"Kenapa kita selalu merasai kepedihan atas segala penginayaan sosial dan kesakitan sosial lain? Ini kerana kita gemar untuk mengingati kembali kejadian-kejadian itu dan menyimpannya di dalam ingatan kita," katanya

Dr Williams daripada Universiti Purdue, Amerika Syarikat dan rakan-rakannya daripada Universiti Macquarie dan University of New South Wales di Australia melaporkan penemuan ini berdasarkan analisis yang dilakukan ke atas empat pengujian.

Untuk kajian ini, para penyelidik merekrut para sukarelawan yang telah diminta untuk melupakan atau menghilangkan kesakitan lampau mereka dengan menulis secara lengkap tentang kejadian tersebut dan bagaimana mereka merasainya.

No comments: