Thursday, June 26, 2008

KAJIAN PENSYARAH UM: SOLAT BOLEH RAWAT MATI PUCUK

tuakqbdh


Bernama melaporkan bahawa hasil kajian tiga pensyarah JabatanKejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkansecara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain.

Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucukyang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selamasebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelakinormal.

"Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tigakali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jikakurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk," katanya pada sidang akhbardi sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar sempena Persidangan AntarabangsaKejuruteraan Biomedical itu adalah dua lagi penyelidik iaitu Prof Wan Abu BakarWan Abas dan Ng Siew Cheok serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk SeriDr Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Naib Canselor Prof Mohd Amin Jalaludin. Dr Fatimah berkata selain solat lima waktu, pesakit juga diminta bersolatsunat selama setengah jam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selepas itumereka dibekalkan peralatan yang dapat mengukur isipadu ereksi. Alat itudipasang sebelum tidur.

Kajian yang dijalankan sejak tahun 2005 itu juga mendapati amalan postursolat yang baik juga dapat merawat sakit pinggang di kalangan wanita,mengurangkan kolestrol, tekanan darah tinggi dan baik untuk memperoleh kadardenyutan jantung yang sihat.

"Bagaimanapun untuk mendapatkan kesan positif itu, mereka perlu mendapatkomposisi badan yang baik melalui sembahyang lima waktu, faham semua pemahaman(bacaan) dalam solat, solat secara berjemaah, rukuk hendaklah 90 darjah dansemasa sujud, duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir pastikan kedudukan kakidilipatkan," katanya.

Seorang lagi penyelidik Ng Siew Cheok yang melakukan kajian kesan solatterhadap ketenangan manusia, berkata amalan solat yang baik dapat mengekalkantahap kestabilan mental dan emosi seseorang serta meningkatkan daya ingatan. "Keadaan tenang itu dicapai secara maksimum sebelum seseorang itu bergerak melakukan sujud dan ini mungkin ketenangan yang ditemui selepas tumakninah,"katanya.


Thursday, June 19, 2008

WELL-DONE STEAK COULD HAVE DEADLIER BITE ON HEALTH OF GOURMET

That well-done steak you crave to sink your teeth into, could have a deadlier bite on your health as it could cause colon cancer.

People who loved their meat well-cooked were six times more vulnerable to getting colon cancer as compared to vegetarians or those who eat little meat, observed United States-based scientist Prof David M. DeMarini.

He said meat cooked at high temperature put most people at risk for the cancer.

"Based on studies on 350 volunteers in America, those who ate meat cooked at high temperature had more mutagenic properties in their urine than those who consumed low temperature-cooked meat.

"Red meat cooked at high temperature released more mutagenic properties into a person's DNA, as compared to cooking it at low temperature," added DeMarini.

He was presenting his study, 'Fried Meat and Colon Cancer: Reduction in DNA Damage by Dietary Antimutagens in Humans' at the Universiti Kebangsaan Malaysia's Seventh National Health Science Symposium at a hotel here today.

DeMarini, who is a consultant at the Environmental Carcinogenesis Division, US Environmental Protection Agency Consultant, said however, that antimutagens such as cruciferous vegetables (brocolli, cauliflower, cabbages) and yogurt could help protect the human body to a small extent against such mutagenic properties.

Friday, June 13, 2008

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan



This article was retrieved from column Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118).



Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.


Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur.

Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.

Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.


Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002.


Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut.


Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah."