Tuesday, January 19, 2016

BUKIT MALAWATI: DESTINASI PELANCONGAN DI KUALA SELANGOR

Bagi pengunjung yang datang ke Kuala Selangor, anda dan keluarga adalah disarankan agar pergi melawat ke Bukit Malawati yang terletak di berhampiran pekan lama Kuala Selangor.

Anda boleh mengunjunginya dengan menaiki kenderaan yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor. Bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak berumur antara 3 hingga 12 tahun.

Di atas Bukit Malawati terdapat spesis Lotong yang menceriakan pegunjung ke sana. Anda boleh memberi makan kepadanya dengan membeli makanan sepert kacang panjang dan roti dengan penjual di lokasi.


Di bawah adalah rumah api yang menjadi panduan kepada kapal-kapal dan bot-bot yang menggunakan Sungai Kuala Selangor.

Di sini juga terletaknnya Baitulhilal iaitu tempat melihat anak bulan dalam menentukan kalendar Islam, khasnya dalam menentukan permulaan 1 Ramadhan (puasa), 1 Syawal (Aidil Fitri) dan 1 Zulhijjah.
Meriam tinggalan zaman penjajahan Inggeris yang suatu waktu dahulu menjadi medan pertahanan bagi pihak Inggeris melawan musuh mereka.

Kenderaan yang digunakan untuk membawa pengunjung ke atas Bukit Malawati

Peta lokasi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi

Wednesday, March 25, 2015

Premium Insuran Bukan Hayat Kena CBP (GST)

         Bermula 1 April 2015, kerajaan akan mengenakan cukai barangan dan
perkhidmatan ke atas semua barangan dan perkhidmatan (CBP) kecuali yang diberikan pelepasan dan pengecualian dan ini termasuk beberapa produk di bawah perkhidmatan insurans dan takaful.
        Namun begitu insurans dan takaful hayat adalah dikecualikan daripada (CBP), kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) seperti mana yang dilaporkan oleh BERNAMA.
         Dalam satu kenyataan di sini hari ini, persatuan berkata antara produk dikecualikan CBP ialah polisi seumur hidup, endowmen, anak, pendidikan dan anuiti. Bagaimanapun, premium bagi rider bukan hayat seperti penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan serta kemalangan diri akan tertakluk kepada CBP, katanya. LIAM berkata rider bukan hayat didefinisikan sebagai rider yang tidak meliputi kematian semula jadi. 
         Sekalipun premium bagi polisi berkaitan pelaburan tidak dikenakan CBP, fi dan caj terhadap polisi-polisi ini seperti fi polisi akan tertakluk kepada CBP, katanya. "Bagi polisi yang dibayar menerusi fasiliti debit, syarikat insurans akan bekerja dengan bank untuk meningkatkan had yang dibenarkan untuk meliputi CBP," katanya. LIAM mempunyai 16 anggota iaitu 14 syarikat insurans hayat dan dua syarikat insurans semula hayat.