Tuesday, June 30, 2009

Sistem Baru bagi Penjelasan Cek bermula 1 Julai 2009

Sistem Penjelasan Cek di Malaysia akan dilakukan melalui penyaluran imej dan data cek antara bank dengan rumahpenjelasan berkuat kuasa 1 Julai, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Ini bagi menggantikan sistem sedia ada yang berasaskan pertukaran cek secarafizikal, kata BNM dalam satu kenyataan bagi mengumumkan ke seluruh negara SistemPemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS).

Cek tempatan dan cek luar kawasan secara keseluruhannya, menurut BNM, akan dijelaskan pada hari yang sama dan dana boleh diterima selewat-lewatnya dua haridari tarikh penjelasan cek tersebut. Bagaimana pun, bagi negeri Kelantan dan Terengganu, yang cuti hujung minggunya adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, cek yang didepositkan pada hari Ahad memerlukan tambahan satu hari bekerja untuk dana dimasukkan ke dalam akaun pendeposit, katanya.

Pengguna dan golongan peniaga juga, katanya tidak perlu lagi menanggung bayaran komisen bagi cek luar kawasan. Dengan pelaksanaan CTCS, kata BNM orang ramai diingatkan bahawa berkuatkuasa 1 September 2009, hanya cek dengan reka bentuk baharu yang mematuhiStandard Reka Bentuk dan Spesifikasi Cek eSPICK sahaja akan diterima oleh pihakbank untuk penjelasan.

Oleh itu, BNM berkata pelanggan dinasihati supaya menukarkan cek reka bentuklama yang tidak digunakan dengan cek reka bentuk baharu di bank masing-masing.

Wednesday, June 24, 2009

Tumbuhan .....


Ini adalah buah tampoi. Juga dikenali sebagai buah larah. Jenis buah-buahan hutan yang telah didomestikasikan. Ia sama famili dengan buah setoi.

Buah ini bermusim dan banyak ditanam di kawasan dusun berbukit.





Gambar di sebelah kiri ini adalah buah salak berbentuk lonjong yang ditanam di kampung. Buahnya masing belum matang lagi.











Ini adalah gambar pokok salak yang telah mengeluarkan buah.













Gambar disebelah ini adalah daun palas. Asalnya tumbuh di hutan tetapi telah mula ditanam persekitaran rumah.
Pucuknya digunakan untuk membungkus ketupat



Monday, June 22, 2009

Mengisi Masa Lapang




Work balance - Istilah dalam pengurusan sumber manusia iaitu memperuntukkan masa untuk bekerja dan bersantai. Dalam waktu lapang penulis antara lain berminat dalam bidang sukan terutamanya bolasepak, hoki dan badminton. Masa lapang juga diisi dengan membaca adalah antara aktiviti utama. Namun selain itu, penulis juga berminatnya memelihara ikan, manakala anak penulis suka memelihara kucing.







Idea ini muncul ketika penulis membuat ubahsuai ruang hadapan rumah. Inginkan sedikit kelainanan serta menggunakan bajet yang terhad penulis memilih untuk membina kolam yang dibina pangkin di atas sebahagian permukaannya.


Di atas pangkin boleh diletakkan kerusi santai sambil melihat ikan di bawah. Antara ikan yang ada adalah jenis koi, ikan lampam, ikan air tawar tempatan dan ikan bandaraya.
Makanannya adalah jenis bijirin dan penggunaan penapis air adalah perlu agar air sentiasa bersih.