Friday, October 10, 2008

Oil prices drop on credit crisis turmoil

Oil prices sank Thursday, with worries about a global financial crisis overshadowing news of an emergency OPEC meeting next month to discuss its impact on oil demand, the AFP was quoted.

With prices far below record highs around 147 dollars in July, analysts said the Organization of the Petroleum Exporting Countries could cut output to defend prices.

New York's main contract, light sweet crude for delivery in November, fell 2.36 dollars to close at 86.59 dollars a barrel.

In London, Brent North Sea crude for November settled 1.70 dollars lower at 82.66 dollars.
The price of crude oil slid as nervous traders watched fresh falls on global equity markets amid the worst financial crisis in seven decades.

And on Friday, the price was continued to drop with Brent North Sea was trading below 80 dollar at the opening market.

OPEC said it would hold an emergency meeting in Vienna on November 18 to discuss "the global financial crisis, the world economic situation and the impacts on the oil market."

"The organization is concerned about the deteriorating economic conditions," said a statement from OPEC, whose 12 member nations pump around 40 percent of world oil supplies.
The cartel said the deepening financial turmoil that erupted in August 2007, stemming from a US subprime mortgage crisis, had spread to many regions across the globe and "created even more uncertainties for the world economy."
"The organization reiterates its determination to ensure that oil market fundamentals are kept in balance and market stability is maintained," it said.

"Falling prices have caught OPEC's attention," said Mike Fitzpatrick at MF Global.
"If prices continue to fall until then, pressure for an output cut will doubtless be very high. If prices begin to stabilize, a call for stricter compliance regime will probably be the outcome," he said.

Traders remained concerned that OPEC could slash output in November to battle slowing oil demand.
"Market participants are still very much concerned that demand will continue to dwindle as global economies continue to slow sharply," said Sucden analyst Nimit Khamar in London.
"However, increased expectations that OPEC may ... cut output is underpinning the market."
Oil prices briefly fell to one-year lows on Wednesday as slumping stock markets generated demand concerns in a cooling global economy.

The market also had ended lower as news of an unexpectedly sharp jump in US crude reserves signaled weaker demand in the United States, the world's largest energy consuming nation.
The Department of Energy said on Wednesday that US crude oil inventories had risen by 8.1 million barrels in the week that ended October 3, far more than market expectations of a 2.3-million-barrel gain.

Tuesday, September 09, 2008

THE OIL PRICE CONTINUE TO DROP

There’s possibility that the oil price will dip below $100 per barrel over the next few weeks. Today (Sept. 9th), the oil price is $106.53.

The change is looks good that we're seeing the bottom right now. However, it wouldn't know how long it could stay.

While Oil has fallen over 28% from a July record of $147 a barrel, don't forget that prices are more than 44% higher than a year ago. Back then we were paying a mere $73.98 a barrel.

So why exactly are we expecting oil to stay above the $100/bbl mark?

But, the Hurricane Ike is making cutting its way through Cuba. If the storm remains on its current path toward the Gulf of Mexico, we can expect Ike to re-gain strength as it moves back over water.

Even if Ike turns out as lackluster as Gustav, the threat of a hurricane battering the Gulf of Mexico ensures that production will remain shut-in. Let's take a closer look at the impact of these two storms... then get into how oil-rich countries are even more aggressively protecting their oil wealth...

Friday, August 29, 2008

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN YA RAMADHAN




Dalam Islam apa jua kebaikan yang dibuat tidak akan terangkat ke langit jika kita mempunyai dosa dengan sesama manusia. Allah akan ampunkan dosa umat Islam kecuali syirik kepadaNya dan dosa sesama manusia. Jadi marilah kita tukar tradisi meminta maaf di awal Ramadhan, instead of only on Syawal.

Kalau yang ada ibubapa minta maaflah dengan mereka, telefonlah mungkin kita tak sempat nak berjumpa sebelum Syawal nanti. Saya dah tak ada ibubapa. Ibu saya meninggal seminggu sebelum Ramadhan (23 Syaaban 1415 H) dan bapa saya meninggal pada awal pagi 2 Syawal 1424 H.Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita muhasabah diri (to examine what we had done in the past), bulan untuk membuat koreksi dan sebagai turning point for us to start a new chapter in our life from being a good Muslim to be an excellent Muslim.

Ramadhan adalah bulan yang di awalnya diberikan rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pelepasan daripada api neraka. Bulan Ramadhan adalah bulan bonus yang Allah berikan kepada umat Islam. Pahala melakukan ibadat wajib digandakan kepada 70 kali dan ibadat sunat mendapat pahala ibadat wajib. Apatah lagi kalau dilakukan secara jemaah. Di dalamnya juga ada satu malam iaitu Malam Lailatul Qadar yang Allah berikan kelebihannya ibarat 1000 bulan. Kalau bonus kerajaan bagi satu bulan pun kita dah seronok. Ini kan pula bonus 70 kali (sama 70 bulan) dan ada yang sampai 1000 bulan.
Hatta orang tidur di siang hari pun mendapat pahala, tetapi dengan syarat amalan wajib tak ditinggalkan dan bertujuan supaya dapat beribadat pada malamnya.

Sama-samalah kita membuat persediaan untuk melayari Ramadhan. Bukan masanya lagi untuk membuat persediaan menghadapi Syawal. Buatlah rujukan untuk kita mendalami ilmu bagi mendapat kesempurnaan dalam melakukan amal kebaikan. Amal tanpa ilmu ibarat pohon rendang yang tak berbuah dan apa yang penting lagi ialah keikhlasan dalam beribadat. Bukan ikut-ikutan tapi kerana ia adalah kewajipan sebagai hamba Allah.

Sama-samalah juga kita berdoa semoga kita diberikan kekuatan keimanan dan kesihatan tubuh badan agar kita termasuk dalam golongan insan-insan yang berjaya mengapai peluang yang besar ini. Juga kita berdoa agar Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita kerana sesungguhnya kita banyak melakukan dosa, maka hanya dengan rahmat Allah sahaja dapat menyelamatkan kita.

Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar sama-sama kita bertekad untuk mengambil kesempatan ini untuk jadi insan yang kamil wal mutakamil dan jangan kita jadikan Ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain berlalu tanpa rasa apa-apa di dalam diri dan jiwa kita. Jadikan Ramdhan sebagai pesta ibadah bukan pesta juadah dan Ramadhan adalah bulan ibadat bukannya adat.

Jadikan Ramadhan untuk kita meningkatkan darjat kita, sekali lagi sebagai turning point for us to move forward. Dan tanda seseorang itu berjaya dalam menjalani ibadah Ramadhan ialah akan ada perubahan yang baik dalam dirinya bila lepas Ramadhan nanti. Akhirnya sama-samalah kita jaga sholat kerana sholat adalah amalan pertama yang akan dihisap di akhirat nanti dan prasyarat untuk Allah menerima amalan-amalan kebaikan yang lain.

Ramai yang mampu berpuasa 14 jam sehari tetapi tidak mampu untuk meluangkan masa 15 minit untuk satu waktu sholat ...Cuba tengok gelagat orang Islam ketika di pasar Ramadhan ... buat penilaian sendiri. Saya pernah jumpa seorang lelaki nak bayar fitrah di kaunter pasar Ramadhan (memang baik) di kawasan perumahan saya tetapi yang kurengnyer dia pakai seluar pendek .. Amil tu tengok semacam jer ... Bayangkan lepas bayar (ada akadnya) Amil tu baca doa dan si Mamat tupun aminkan doa dalam keadaan dia pakai seluar pendek di kawasan awam. Ini sekadar pengajaran bukan nak mengata, tapi kena cerita supaya kita tak jadi macam tu.

Jadi saya turut mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kesilapan sama ada tutur kata, gerak laku atau apa sahaja yang tidak baik. Moga Allah ampunkan kita semua.

Insya Allah. Wallahhu Aklam.

EMOTIONAL PAIN 'HURTS MORE THAN PHYSICAL PAIN, STUDY REVEALS

For decades, it is believed that "sticks and stones may break your bones, but words will never hurt you". However, the Press Trust of India (PTI) quoted a study on Friday, revealing that pain caused by emotional distress is more deeply felt and longer lastingthan that caused by physical injuries.
An international team showed that a broken heart really hurts, in mostcases. Lead author Dr Kip Williams, quoted by The Daily Telegraph, said that bothtypes of pains can hurt very much at the time they occur, but the social painhas the unique ability to come back over and over again, while physical painlingers only as an awareness that is was indeed was painful at one time.
"Why aren't we always suffering pain by recollections of social betrayal andother forms of social pain? Because we are pretty good at keeping these memoriesat bay," he said.
Dr Williams of Purdue University in the United States and colleaguesat Macquarie University and the University of New South Wales in Australia havebased their findings on an analysis of four experiments.
For their study, the researchers recruited volunteers who were asked torelieve their past painful experiences just by writing in detail what hadhappened and how they had felt.

Friday, August 08, 2008

BREASTFEEDING PROTECTS BABIES FROM HEART DISEASE, SAYS STUDY

Here is another reason why you should breast feed your baby, as breastfeeding could prevent the toddler from developing heart disease later in life.
A new study has revealed that babies who are breastfed at least for there commended six months, have lower cholesterol levels in adulthood, which also cut their risk of contracting coronary artery disease.
According to researchers, early exposure to the high cholesterol content of human milk affects how one's body copes with cholesterol in the long-term.
"Initial breastfeeding, particularly when exclusive, is associated with lower blood cholesterol concentrations in later life, compared to initial formula feeding," the Press Trust of India (PTI) quoted lead author Dr Chris Owenas saying in the 'Daily Telegraph'.
Dr Owen and colleagues at University of London came to the conclusion after analyzing a data of over 17,000 adults in Britain -- they found those who were breastfed exclusively had lower cholesterol than those only fed on formula milk.

Tuesday, July 01, 2008

Pelbagai Peristiwa Mewarnai 2008

Separuh penggal 2008 telah berlalu dan kini hanya tinggal separuh lagi. Dalam tempoh enam bulan ini, pelbagai peristiwa telah berlaku. Yang nyata 2008 menunjukkan perubahan yang ketara dalam iklim politik dan ekonomi Malaysia.

Dalam bidang politik, 2008 telah memperlihatkan satu perubahan drastik sikap kebanyakan pengundi di Malaysia terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008 menyaksikan BN telah kehilangan suara 2/3 di Parlimen dan kehilangan empat negeri di pantai barat - Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, di samping gagal untuk menawan kembali Kelantan yang telah dikuasai oleh PAS untuk tempoh 18 tahun.

Di samping itu timbul cerita bahawa terdapat ahli parlimen BN yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat (PR). Isu ini telah digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat PKR dan beliau meletakkan 16 September 2008 sebagai tarikh paling lewat untuk PR mengambil alih pentadbiran negara. Isu ini semakin panas bila SAPP yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee membuat kejutan bahawa mereka akan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang parlimen. Walaupun cadangan tersebut tidak berlaku, kejadian ini menunjukkan bahawa berlaku kegawatan di dalam BN, khasnya komponen parti dari Sabah yang merasakan bahawa Sabah tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan persekutuan sama ada dalam soal pembangunan dan jawatan dalam kerajaan pusat seperti yang disuarakan oleg Datuk Anifah Aman.

Isu terkini muncul tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan. Pelbagai spekulasi wujud antaranya tuduhan itu bertujuan untuk mengendurkan kelantangan DSAI dalam usaha-usaha manrik oleh ahli parlimen BN ke dalam PR. Sebelum itu Raja Petra telah membuat penyataan berkanun (statutory declaration) mengenai penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa orang pembantu dalam pembunuhan Althantuya.

Dalam bidang ekonomi, harga minyak di pasaran terus mencanak naik hingga mencapai US$140 setong dan para penganalisis meramalkan ia boleh mencecah US$200 setong pada akhir tahun ini. Walaupun permintaan terhadap komoditi tersebut tidaklah naik mendadak tetapi cara bahan mentah itu didagangkan telah menyebabkan harganya naik akibat spekulasi yang melampau.

Akibatnya, harga bahan bakar tersebut turut dinaikkan lebih 41 peratus bagi petroleum menjadi RM2.70 seliter. Kenaikan ini telah menyebabkan berlakunya rentetan kenaikan dalam harga barangan dan perkhidmatan kerana hampir kesemua aktiviti dalam menyediakan produk dan perkhidmatan menggunakan bahan bakar tersebut khususnya dalam bidang pengilangan dan pengangkutan. Kini kos sara hidup sudah meningkat dengan kadar inflasi dijangka mencapai antara 6 hingga 7 peratus untuk tahun ini. Ramai yang dahulunya berada di dalam golongan berpendapatan sederhana telah menurun kepada golongan berpendapatan rendah.

Seperti biasa, kerajaan menyeru agar kita berhemah di dalam berbelanja. Mungkin ada benarnya kepada mereka yang dahulunya suka melawat ke luar negara, maka kini boleh bertukar kepada dalam negara. Atau yang dahulunya makan di luar hampir setiap hari kini boleh mengurangkannya kepada setiap hujung minggu sahaja. Tetapi kepada golongan yang di dalam keadaan ekonomi negara berkembang pesat hidupnya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, apakah perubahan lagi yang akan dapat dilakukan. Dalam keadaan indeks komposit mencecah 1,300 mata, mereka berjuang untuk sesuap nasi dan apakah gerangannya dalam suasana hari ini di mana harga 15 % beras patah sudah mencecah hampir RM30 sepuluh kilogram. Apakah jenis hidup lagi yang harus mereka tukar - Mungkin dari 15 % hancur kepada 50 % hancur. Itupun masih bernasib baik lagi dan mungkin yang hanya mampu makan sehari sekali.

Jadi dalam separuh penggal yang mendatang pelbagai cabaran yang akan menongkah kehidupan rakyat. Lazimnya apabila berlaku kesusahan dalam kehidupan pelbagai gejala buruk akan berlaku. Kes jenayah harta benda akan meningkat, pengangguran akan berlaku kerana banyak barangan dan perkhidmatan sekunder tidak dapat dijual dan operasi perkilangan akan dihentikan.

Yang pastinya faktor ekonomi dan politik adalah saling berkait, maka nantikan 16 September 2008. Apakah akan ada perubahan kerajaan? Dan jika adakah kerajaan yang baru ini mampu membawa lebih kesejahteraan kepada rakyat. ..

Rakyat tidak mahu bangunan mencecah langit .. apa yang mereka mahu pendidikan, tempat tinggal, kemudahan kesihatan, keselamatan dan kebebasan.

Thursday, June 26, 2008

KAJIAN PENSYARAH UM: SOLAT BOLEH RAWAT MATI PUCUK

tuakqbdh


Bernama melaporkan bahawa hasil kajian tiga pensyarah JabatanKejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkansecara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain.

Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucukyang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selamasebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelakinormal.

"Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tigakali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jikakurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk," katanya pada sidang akhbardi sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar sempena Persidangan AntarabangsaKejuruteraan Biomedical itu adalah dua lagi penyelidik iaitu Prof Wan Abu BakarWan Abas dan Ng Siew Cheok serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk SeriDr Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Naib Canselor Prof Mohd Amin Jalaludin. Dr Fatimah berkata selain solat lima waktu, pesakit juga diminta bersolatsunat selama setengah jam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selepas itumereka dibekalkan peralatan yang dapat mengukur isipadu ereksi. Alat itudipasang sebelum tidur.

Kajian yang dijalankan sejak tahun 2005 itu juga mendapati amalan postursolat yang baik juga dapat merawat sakit pinggang di kalangan wanita,mengurangkan kolestrol, tekanan darah tinggi dan baik untuk memperoleh kadardenyutan jantung yang sihat.

"Bagaimanapun untuk mendapatkan kesan positif itu, mereka perlu mendapatkomposisi badan yang baik melalui sembahyang lima waktu, faham semua pemahaman(bacaan) dalam solat, solat secara berjemaah, rukuk hendaklah 90 darjah dansemasa sujud, duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir pastikan kedudukan kakidilipatkan," katanya.

Seorang lagi penyelidik Ng Siew Cheok yang melakukan kajian kesan solatterhadap ketenangan manusia, berkata amalan solat yang baik dapat mengekalkantahap kestabilan mental dan emosi seseorang serta meningkatkan daya ingatan. "Keadaan tenang itu dicapai secara maksimum sebelum seseorang itu bergerak melakukan sujud dan ini mungkin ketenangan yang ditemui selepas tumakninah,"katanya.


Thursday, June 19, 2008

WELL-DONE STEAK COULD HAVE DEADLIER BITE ON HEALTH OF GOURMET

That well-done steak you crave to sink your teeth into, could have a deadlier bite on your health as it could cause colon cancer.

People who loved their meat well-cooked were six times more vulnerable to getting colon cancer as compared to vegetarians or those who eat little meat, observed United States-based scientist Prof David M. DeMarini.

He said meat cooked at high temperature put most people at risk for the cancer.

"Based on studies on 350 volunteers in America, those who ate meat cooked at high temperature had more mutagenic properties in their urine than those who consumed low temperature-cooked meat.

"Red meat cooked at high temperature released more mutagenic properties into a person's DNA, as compared to cooking it at low temperature," added DeMarini.

He was presenting his study, 'Fried Meat and Colon Cancer: Reduction in DNA Damage by Dietary Antimutagens in Humans' at the Universiti Kebangsaan Malaysia's Seventh National Health Science Symposium at a hotel here today.

DeMarini, who is a consultant at the Environmental Carcinogenesis Division, US Environmental Protection Agency Consultant, said however, that antimutagens such as cruciferous vegetables (brocolli, cauliflower, cabbages) and yogurt could help protect the human body to a small extent against such mutagenic properties.

Friday, June 13, 2008

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan



This article was retrieved from column Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118).



Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.


Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur.

Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.

Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.


Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002.


Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut.


Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah."

Wednesday, June 04, 2008

Meh Balik Kampung

To the Malay community, school holiday is the right time to hold "kenduri kahwin" because normally school holiday is the time wheres' parents will taking leave to joint with their schooling kids on their family programme. Many of relatives who are working outside the kampung also taking off from working to come back to kampung during this period.






Balik kampung is a tradition for many Malaysian, especially to the Malay, and it should be continue to go on. By doing this, it will expose our children to the live in kampung that we had experienced during our childhood. May be the surrounding nowadays is different from the years before, but at least they could learn something that they can't experience in town.









My son and daughther are like to go for fishing, go to the paddy field and enjoying playing water (bath) in the canal as I did during my time.


At least they know how difficult the life that their father had to face at their age.
















Monday, June 02, 2008

Life-long Learners


Knowledge is of two kinds: we know a subject ourselves or we know where we can find information upon it." - Samuel Johnson (1791)


Life-long learning is the process of acquiring and expanding knowledge, skills, and dispositionsthroughout your life to foster well-being. It's much more than taking an adult pottery class or reading a nonfiction book occasionally.
It's about the decisions you make and the problems you solve in everyday life. From enrolling in unstructured, formal education program to considering whether to believe an infomercial's gimmick, lifelong learning takes many forms.
Life-long learners choose to seek out new ideas and alternative perspectives. They embrace our
changing, dynamic, information-rich society by keeping their senses active and their minds full
of ideas. Much of this learning is self-directed. To be successful, the child or adult must have
basic information inquiry knowledge, skills, and dispositions.

Life-long learning isn't just about emotional well-being. According to medical research, people
with active minds are less likely to suffer Alzheimer's Disease and other ailments.
Life-long learning is about anticipation, exploration, and reflection. Think about your own life.

How has your time been spent? How would you like to spend your time? Each person makes
their own choices and decisions. What will yours be? As parent we need to model the kind of
life we envision for our kids including enthusiasm for life, love of reading, human-kind and life-long learning!

Thursday, May 29, 2008

Kekeliruan Islam Hadhari Perlu dihentikan

Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan supaya semua urusan agama di negeri itu tidak dikaitkan dengan jenama Islam hadari.

Sebenarnya tidak ada apa yang baru yang dibawa oleh Islam Hadari dalam pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan lebih tepat lagi hanya proses penjenamaan semula konsep penerapan nilai-nilai Islam yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir.

Kekeliruan timbul bila dikatakan Islam Hadhari itu adalah merujuk kepada Islam yang menjurus kepada meningkatkan ketamadun Islam dan apakah Islam yang tidak mengisbatkan dengan Hadhari itu tidak lengkap kerana tidak menyata bahagian tamadun itu.

Sedangkan Islam yang sebenarnya meliputi semua aspek walaupun tanpa menyatakan bahawa ia adalah hadhari, iaitu umat Islam wajib membangunkan ketamadunnya dengan berteraskan konsep syariah.

Namun di bawah Islam hadhari yang ada pada hari ini, ketamadunan yang dikejar tidak jelas arahnya. Ini kerana secara fizikalnya memang negara ini maju, tetapi hakikat pembangunan insannya amat membimbangkan dengan segala gejala salah laku moral dan keruntuhan akhlak yang semakin naik sama maju dengan pembangunan fizikal. Jika ini yang diperjuangkan di bawah Islam Hadhari iaitu mengejar pembangunan tetapi mengabaikan pembangunan sahsiah insaniah maka ia jelas bertentangan dengan Islam yang di bawa oleh Nabi Muhamad s.a.w.

Oleh itu bagi penulis adalah belum terlambat untuk pihak kerajaan persekutuan untuk membetulkan keadaan kerana apa perlunya dijenamakan sebagai Islam Hadhari kerana Islam yang ada merangkumi semua aspek kehidupan manusia termasuk hadhari (ketamadunan) itu sendiri.

Wednesday, May 28, 2008

TUKOR GAYE HIDUP

Perkembangan ekonomi global semakin tidak menentu di pengaruhi oleh harga minyak dunia yang terus melonjak hingga ke paras US138 setong dan keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin menurun serta penurunan dalam pengeluaran hasil pertanian dunia. Tiada tanda-tanda harga minyak akan turut ke paras pasaran seperti tahun lepas sekitar US70 setong.

Kita di Malaysia turut terkena tempias dan yang paling terasa adalah kenaikan harga beras yang melebih 50 % serta kemungkinan harga minyak untuk dinaikkan tidak boleh dinafikan kerana telah ada cadangan-cadangan daripada pihak kerajaan ke arah itu.

Ramai yang dah mengeluh. Nilai wang menjadi terlalu kecil kini. Bagi pihak rakyat mereka mengharapkan kerajaan dapat mewujudkan satu mekanisma yang dapat mengawal harga dan stok barangan dalam pasaran. Bagi kerajaan pula rakyat harus mengubah cara hidup untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Mungkin yang berada boleh terus menjalani kehidupan seperti dulu dan bagi yang sederhana boleh menyesuaikan dengan keadaan dengan mengutamakan keperluan khusus, tetapi bagi kebanyakan rakyat yang berada dalam golongan pendapatan rendah mereka buntu bagaimana lagi nak "adjust" cara hidup sedangkan dalam keadaan ekonomi mencanak naik mereka terpaksa mengikat perut apatat lagi sekarang. Hingga ada yang kata kalau dulu makan beras 15 % hancur sekarang kena makan beras 50 % hancur atau yang dah 100 % hancur.

Renungkanlah ... kita mungkin agak bernasib baik walaupun kadang kala sesak nafas juga memikirkan sara hidup di bandaraya yang segala memerlukan wang, tetapi sebahagian daripada mereka mungkin saudara kita, kaum kerabat kita atau kawan-kawan kita ...

Friday, May 23, 2008

Kisah Pengislaman Pemuda Yahudi


Oleh: Michael David Shapiro


Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur.
Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya.
Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini?
Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu?
Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu?
Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu lain pula…Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa?
Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini.
Ok, agama selanjutnya adalah Islam….Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.Ok.
Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"…Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia.
Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..Allahu Akbar……. Wallahualam.."

Friday, May 16, 2008

P/RAYA 2008 - GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA


Suasana Di Parlimen Parit Buntar















Juru kempen di kalangan kaum Cina dan India yang menyokong calon PAS Dr Mujahid Yusof Rawa. Suasana amat berbeza jika dibandingkan pada tahun 1999 dulu, di mana PAS menang dengan hanya sokong kaum Cina, tetapi untuk tahun 2008 ini, kaum India turut sama berganding bahu memenangkan calon PAS.